Pages

Friday, 8 June 2012

Good luck For Your Future

Assalamualaikum

Rindu nak berblogging.Lama sudah tak post dekat blog.Hari ini terdetik nak post something dekat blog.Sudah 2 minngu aku berpisah dengan seorang kawan dekat aku belajar ni.Sedih sangat kerana kehilangan dia.Nama dai Siti Sarah.Kiteorang suka panggil dia Arah,nama manja dia.Kadang-kadang,aku ni suka panggil dia Cik Sarah Salleh.Orang nya penyabar,tak banyak karenah.Suka  sangat tolong kawan-kawan dia yang tak faham tima nak buat projek or something lah.Kalu kiteorang tak faham ke apa,dia lah tempat maenjadi rujukan.macam aku ni,susah sikit nak faham,kadang-kadang orang lain terang panjang dekat aku pun,still tak faham.Namun Arah ni,selalu jer sabar layan karenah aku ni.Ingat time dia bagi tahu yang dia dapat offer study ke UiTm dalam courses Diploma Statistik,nampak sangat muka kecewa dia.Apa yang dia harapkan tak menjadi kenyataan.Dalam masa yang sama,dia mendapat tawaran ke Matrikulasi Gambang,Kuatan dalam courses sains.Pada mula nya,dia memang tak nak pergi ke matrikulasi.Dia cakap "Sarah tak nak pergi lah,coz matrik susah dan banyak dugaan".Namun berbekalkan semangat yang setinggi Gunung Everst Tu,dia pergi lah jugak ke matrik walaupun nampak di mata nya,dia berat hati nak pergi.Aku puji semangat dia.Tak macam aku,semangat kure-kure..hehe.Minggu-minggu terakhir bersama dia,kita orang cuba berlagak lansung tak ada-apa.Namun dalam hati ni Tuhan jer yang tahu bertapa sedih nya.Hari terakhir,memang hari menyedihkan.Tiada lagi Siti Sarah Salleh a.k.a Arah di sisi aku yang selalu menemai aku ketika susah dan senang...


           Thanz Arah,coz sudi menjadi teman wa selama ni,hope lepas ni,friendship kita never ending




                                                                  
 Good luck Arah dekat matrik,study rajin-rajin tau.Jangan lupakan kiteorang dekat sini yer   :)

Friday, 6 April 2012

Setitis mampu memberi peluang kedua kepada yang memerlukan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pagi ni aku still dibangkitkan oleh Allah swt dalam keadaan yang sihat sejahtera.Akhirnya aku masih di beri kesempatan oleh Nya untuk buat entry baru.Entry ni mungkin berkaitan dengan entry yang lepas dan syukur doa aku dimakbulkan oleh Allah kerana memberi kesempatan untuk aku menderma darah buat kali pertama.Gembira tak terkata apabila aku melepasi semua syarat yang ditetapkan untuk menderma.Alhamdulillah.Sebelum ini aku menunggu 2 tahun untuk menderma.Tapi tak melepasi syarat yang di kehendaki.2 hari sebelum program derma darh diadakan,satu taklimat berkaitan program tersebut telah diadakan.Tapi sayang aku tak dapat nak dengar taklimat tersebut.


05 April 2012 adalah tarikh yang memberi sejarah dalam hidup aku kerana aku dah berjaya menderma sebanyak 350ml darah aku.First procedure yang mesti dijalani adalah isi borang derma darah yang telah di edarkan masa mula-mula nak derma.Gambar bawah tu adalah contoh borang yang perlu di isi dengan selengkap-lengkap nya.






Lepas siap isi semua maklumat berkaitan,seseorang tu hendaklah pergi timbang berat dia.Kalu berat tak cukup 45 kg keatas,seseorang tu tak layak nak derma lah.Kemudiaan pergi jumpa dengan JTMP untuk buat test Hemoglobin dan blood grouping.Untukkan blood grouping,lancet digunakan untuk mencucuk jari kita bagi mengeluarkan darah.Sikit jer darah yang diperlukan.1-2 titik pun dah cukup.Darah tersebut kemudiaan nya akan diletakkan bersama larutan larutan A dan larutan B untuk menentukkan jenis darah.

                                     
Macam aku,aku darah A.Satu lagi test yang perlu di lepasi adalah test mengukur kepekatan hemoglobin.Kalu kepekatan hemoglobin tidak mencukupi,still lagi tak boleh derma.Larutan kuprum digunakan untuk menentukkan kepekatannya.Setitik darah akan diletakkan dalam larutan tersebut.Jika darah terapung dalam larutan tersebut,maknanya seseorng itu mempunyai hemoglobin yang cukup untuk menderma.
                                         
                                      

Step seterusnya,pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan selanjutnya.Adalah jugak soal selidik berkaitan apa yang kita tulis dalam borang permohonan.Lepas jer lulus pemeriksaan tu,makna kita layak untuk menderma darah.Horray!!!!!.Aku di kehendaki pergi ke kaunter penerimaan beg darah kosong.Kat kaunter tu,nurse tu bagi satu beg plastik yang mengandungi beg darah kosong,kad group darah aku dan borang permohonan aku tadi.Siap jer semua tu,aku dikehendaki berehat sementara menderma.Sambil-sambil tu sempat lagi aku menjamah makanan yang disediakan oleh Batu Burok Beach Resort.Thanz dekat staff diaorang kerana menjamukan kami semua dengan hidangan yang sedap-sedap belaka.
                                

Ni gambar kawan-kawan aku tengah menjamu selera.Yang tak boleh derma lah yang paling melebih-lebih..hehe.sorry.

Sambil tunggu giliran.sempat jugak pergi snap gambar dengan kawan-kawan aku yang dah menderma.Masa ni lah nak merapatkan hubungn kitaorang.Maklumlah,program yang berlainan






                 









Ini jer gambar yang sempat aku snap.Ada kawan-kawan aku yang tak perasan pun aku snap gambar dia orang.
  
Last sekali,sampai lah giliran aku untuk menjlankan tanggung jawab sosial aku.Ni adalah procedure yang last sekali.Mula-mula nurse akan masukkan ubat bius.Time cucuk tu,ibarat rasa dia macam kena gigit semut jer.Bagi sesiapa yang pernah kena masuk air kat hospital tu,jarum drip tu lagi sakit berbanding jarum derma darah ni.Memang nampak besar,tapi tak sakit mana pun.So,tak perlu lah bimbang pasal sakit tu.  


Alhamdulillah,aku berjaya menunaikan tanggungjawab sosial aku dengan menderma darah sebanyak 350 ml jer.Sekejap jer derma tu,tak sampai pun 20 minit.Kalau tidur pun,tak sempat pun nak lelap lagi.hehe.Lepas derma tu,memang ada rasa pening lah.Tapi atas orang jugak lah.Bagi aku yang first time derma ni,aku memang terasa pening yang sangat.Semua benda nampak 2.hanyut jer rasa.Salah sorang staff hospital telah menghulurkan air 100 plus kat aku,bagi mengurangkan rasa pening tu.Alhamdullilah pening tu kurang lah sedikit.Bagi sesiapa yang menderma,kita orang di minta untuk mengalaskan perut bagi membekalkan tenaga.Maklumlah,darah dah hilang kan.Alhamdulliah,selesai lah misi aku dan kawan-kawan lain.
                                                                                   
             


                           
                                                               
                                                                       
Sijil diberikan kepada aku dan kawan-kawan yang lain sebagai membuktikan yang bahawa kita orang sudah berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial kita orang.


Akhir sekali,aku nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan pihak pengurusan Batu Burok Beach Resort kerana berjaya menganjurkan program derma darah ni..Insyallah,kalu ada umur yang panjang,boleh derma lagi nanti

                                              Thanz untuk keychain yang amat bermakna ni

Saturday, 31 March 2012

Setitis mampu memberikan peluang kedua


Assalamualaikum
Rindu nak update blog sebenarnya dan banyak cerita yang hendak di kongsikan.Tapi selalu ada kekangan masa.Insyaallah pada entry kali ni saya ingin berkongsi sesuatu yang mengerunkan pada sesetengah orang dan juga sesuatu yang amat mulia di sisi agama serta dapat menyambung talian hayat seseorang yang memerlukan.


Derma darah.Adakah anda takut?

Setiap kali kempen darah diadakan ,ada sahaja orang akan mengelak untuk menderma darah.Kata mereka “takut dengan jarum yang besarlah”,berat badan akan meningkat lah,gerun tengok darah dalam beg darah lah.Macam-macam sebab mereka.Bukan nak paksa derma darah.Tapi adakah kita tahu menderma darah adalah sesuatu yang mulia dari sudut agama kita sendiri.Menurut islam,menderma darah adalah harus jika keadaan darurat.Darurat macam mana ye?cuba kita fikir kembali jika seseorang itu mengalami kemalangan yang mengakibatkan dia kehilangan darah yang banyak,darah yang kita derma itu lah yang akan menjadi taliaan penyambung hayat dia.Dengan darah itu lah kita dapat memberikan dia peluang kedua.Contoh kedua,ketika seorang ibu yang bersalin.Dan ketika itu dia memerlukkan darah untuk mengantikan darah yang hilang semasa dia bertarung nyawa bagi melahirkan bakal seorang khalifah di muka bumi Allah ini.Masyaallah.Bertapa sedihnya,jika ibu itu menghembuskan nafas nya,kerana kekuranggan darah.Kadang-kadang saya melintasi wad kanak-kanak atau wad apa saja,sedih melihat saudara-saudara kita yang mengidap Penyakit Thalasemia yang memerlukkan bekalan darah tambahan seumur hidup mereka.Lebih menyentuh hati,ketika melihat kanak-kanak yang masih belum kenal erti kehidupan dunia ini yang memerlukan darah.

Derma darah dan penggunaan darah orang orang islam kepada
 orang bukan islam dan sebaliknya.

Menurut Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 telah membincangkan derma darah dan penggunaan darah orang orang islam kepada orang bukan islam dan sebaliknya.Muzakarah telah memutuskan
1-Menderma darah adalah hukumnya harus
2-Tidak perlu diasingkan darah orang islam dan bukan islam
3-Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak di galakan


 

Keterangan/Hujah: 

1-Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambil kira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”.
 

2-Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.
 

3-Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

“Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”.
 

4-Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”.

Menderma Darah Semulia-Mulia Sedekah

Dr. Yusuf Qaradhawi:

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.”( Al-Maidah: 32 )
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.”( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir: 2 – 287 ). Dalam hadis sahih tersebut: “Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.”( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667 ).
Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.
Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya: “Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang: “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Ya! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447 )
Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.
Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?

Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.
Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya: “Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

Bagi sesiapa yang teringin nak menderma darah.Teruskan niat murni anda.Kerana setitik darah anda tersebut amat bermakna bagi yang memerlukkan.Kadang-kadang mentaliti masyarakat kita yang membuat kita berasa takut untuk menderma.Jika saya di beri peluang dan di izin Maha Kuasa,saya sendiri nak menderma darah.Tapi alangkah sedih nya,sudah tiga tahun berturut,saya masih tak dapat menyumbangkan darah saya kepada yang memerlukkan disebabkan masalah kesihatan yang tidak megizinkan.Saya berharap,mungkin di saat-saat akhir nanti semasa kempen darah,Allah akan mengizinkan saya untuk menderma.Dengan hal ini sahaja saya mampu untk menyumbang

Saturday, 25 February 2012

Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum..wbt

Dah lama tak dapat nak update blog.Sibuk dengan projek study dan program kat tempat study.FB dan twittwer pun lama dah tak update.Kelapangan hari ini,dengan wifi yang free,aku mula mengadap lappy kesayangan aku ni dengan aman nya.Tanpa gangguaan buffering.hehe.Dalam syok-syok tengok gambar dekat salah sorang teman FB,aku terpandang lah salah satu buku dalam gambar dia tu."Denyut Kasih Medik"karya Dr.Farhan Hadi..Macam best jer buku ini.Tambah pulak,dulu aku pernah simpan angan-angan nak jadi Pegawai Perubatan.hehe.Dah lama cari buku ni untuk baca.Tapi tak tahu kat mana nak beli.Tambah-tambah pulak Terengganu ni bab-bab buku macam ni limited sikit dan susah nak dapat.Dalam-dalam search dekat internet,angan-angan nak baca lah secara online.Tapi browser dia tak dapat nak cari.huh..Dah frust lah time tu.Nak beli online,maklum saje lah.Elaun pulak belum masuk.Dah pokai.Dahulukan mana yang perlu dahulu.Tiba-tiba teringat lah dekat web Library Awam Terengganu.Mana tahu kut-kut ade koleksi buku tu.Yeppy,buku tu ada dalam koleksi.Cepat-cepat aku tempah buku sebelum orang lain pinjam.Insyaallah kalu,ada rezeki lebih,nak cari jugak sebuah,nak buat koleksi.dah lama tak beli buku ilmiah.Aku ni memang giler sikit dengan buku-buku berunsurkan islamik dan motivasi.Kalu tension-tension sangat.Buku lah jadi peneman aku dalam bilik sorang-sorang.Maybe ikut jejak arwah ayah kut.Arwah suka jugak beli buku.Sekarang ni selalu busy ngan projek.Cemburu jugak tengok kawan-kawan lain yang still sempat lagi baca novel dan buku.Aku pulak tak berani nak baca takut projek tak siap.hehe.Insyaallah petang ni,nak pergi pinjam lah buku yang aku tempah tu.Tak sabar dah nak baca.hehe





Saturday, 14 January 2012

Minggu kedua...tempat baru

Assalamualaikum..

Maybe lepas ni aku dah kurang untuk berblogging coz banyak benda yang aku kena uruskan.Masa selalu mencemburui aku.Tambahan pulak,aku kena selesaikan projek untuk study aku dan kena handle banyak aktiviti kat tempat study aku.Maybe berblogging akan kurang dari hari ke hari.Klau ada kesempatan,Insyaallah aku akan share something yang berguna untuk pembaca  semua...

Saturday, 7 January 2012

Permulaan 2012

Assalamualaikum....

Tiba-tiba jer rindu nak berblogging malam ni selepas berbulan-bulan dah menghilangkan diri tanpa sebarang post kat blog ni.Sepanjang aku menghilangkan diri ni,banyak benda yang berlaku dalam hidup ini.Yang latest aku dah tak bergelar lagi seorang penganggur.Aku dah mula continue study dan start lapor diri pada 2 Januari 2012 baru-baru ni.Banyak benda yang berubah dalam hidup aku.Pukul 6.30 pagi dah kena bertolak  untuk pergi kelas yang start pukul 8 Pagi tiap-tiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.Petang pulak,terpaksa naik bas 2 kali untuk pulang.Itulah yang aku harus hadapi selagi aku bergelar seorang pelajar.Macam orang cakap lah "Bukan Senang nak jadi senang".So aku kena berkorban lah demi masa depan aku.Nak menangis pun ada apabila tertinggal bas.Sorang-sorang dekat bus stop dikala petang hari.Cuma doa jer yang menjadi perlindung diri ini.Aku juga di beri kepercayaan dari kawan untuk memegang jawatan no 2 dalam Majlis Perwakilan Pelatih.Terasa berat untuk dipikul,namun aku dengan sedaya upaya aku untuk membahagikan masa aku untuk mengimbangi kedua-dua nya.Aku tak nak pisang berbuah dua kali.Di samping itu jugak,aku dapat teman baru yang boleh berkongsi.Esok dah mula kelas untuk kelas teori dan amali..Maybe esok adalah intro dia lah kut.



Selain itu jugak aku nak kongsi rasa geram aku terhadap salah sorang penduduk di kawasan perumahan aku ni.Dah lah bawak kereta laju macam apa tah.Langgar anak jiran aku,sampai budak tu terlantar teruk kat hospital.Lepas tu,tak mengaku pulak bawak kereta laju.Sedangkan jiran-jiran aku yang berada di tempat kejadiaan menjadi saksi kemalangan tu.Mak cik kepada pemandu yang tak bertanggungjawab tu pulak merupakan jiran sebelah rumah aku,sibuk menjaja cerita yang anak buah dia ni tak bersalah.Malah menyalahkan budak yang tak berdosa tu pulak.Dah tahu kan kwasan perumahan,apasal pergi bawak kereta laju-laju.Nak menanah telinga aku dengar.Menyampah dan meluat pun ada.Selang beberapa hari kemudiaan tu,anak dia pulak kemalangan.Tuhan nak tunjuk lah tu kut.Kemarin,sempat jugak aku ziarah budak tu.Tak sampai hati tengok.Dah lah muka penuh dengan kesan lebam,tulang paha pulak patah.Lansung tak boleh bergerak.Yang tak sampai hati tengok,budak tu menangis kesakitan.Budak-budak memang dia tak tahu apa-apa kan.Menurut mak budak tu cakap,budak tu mengalami gegaran otak.Insyaallah kalu tak ada apa-apa ,hari Isnin ni dia akan menjalani pembedahan untuk memasang besi dekat paha dia.Moga-moga Allah permudahkan urusan tersebut


P/S:Jangan lah bawak kereta laju-laju dekat kawasan perumahan & jom sedekah kan Al-Fatihah buat adik tersebut.semoga dia cepat sembuh

Tuesday, 22 November 2011

Emas kembali dalam gengaman






Akhirnya,skuad Harimau Malaya U 23 telah membaham Sang Garuda dengan dengan game yang baik..Tahniah buat team Malaysia kerana telah merobek keangkuhan skuad Sang Garuda di bumi nya sendiri dan tahniah kerana membawa pulang emas yang paling penting dalam sea game ke 26....Malaysia Boleh!!!!