Alhamdulillah pagi ni aku still dibangkitkan oleh Allah swt dalam keadaan yang sihat sejahtera.Akhirnya aku masih di beri kesempatan oleh Nya untuk buat entry baru.Entry ni mungkin berkaitan dengan entry yang lepas dan syukur doa aku dimakbulkan oleh Allah kerana memberi kesempatan untuk aku menderma darah buat kali pertama.Gembira tak terkata apabila aku melepasi semua syarat yang ditetapkan untuk menderma.Alhamdulillah.Sebelum ini aku menunggu 2 tahun untuk menderma.Tapi tak melepasi syarat yang di kehendaki.2 hari sebelum program derma darh diadakan,satu taklimat berkaitan program tersebut telah diadakan.Tapi sayang aku tak dapat nak dengar taklimat tersebut.
05 April 2012 adalah tarikh yang memberi sejarah dalam hidup aku kerana aku dah berjaya menderma sebanyak 350ml darah aku.First procedure yang mesti dijalani adalah isi borang derma darah yang telah di edarkan masa mula-mula nak derma.Gambar bawah tu adalah contoh borang yang perlu di isi dengan selengkap-lengkap nya.
Lepas siap isi semua maklumat berkaitan,seseorang tu hendaklah pergi timbang berat dia.Kalu berat tak cukup 45 kg keatas,seseorang tu tak layak nak derma lah.Kemudiaan pergi jumpa dengan JTMP untuk buat test Hemoglobin dan blood grouping.Untukkan blood grouping,lancet digunakan untuk mencucuk jari kita bagi mengeluarkan darah.Sikit jer darah yang diperlukan.1-2 titik pun dah cukup.Darah tersebut kemudiaan nya akan diletakkan bersama larutan larutan A dan larutan B untuk menentukkan jenis darah.
Macam aku,aku darah A.Satu lagi test yang perlu di lepasi adalah test mengukur kepekatan hemoglobin.Kalu kepekatan hemoglobin tidak mencukupi,still lagi tak boleh derma.Larutan kuprum digunakan untuk menentukkan kepekatannya.Setitik darah akan diletakkan dalam larutan tersebut.Jika darah terapung dalam larutan tersebut,maknanya seseorng itu mempunyai hemoglobin yang cukup untuk menderma.
Step seterusnya,pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan selanjutnya.Adalah jugak soal selidik berkaitan apa yang kita tulis dalam borang permohonan.Lepas jer lulus pemeriksaan tu,makna kita layak untuk menderma darah.Horray!!!!!.Aku di kehendaki pergi ke kaunter penerimaan beg darah kosong.Kat kaunter tu,nurse tu bagi satu beg plastik yang mengandungi beg darah kosong,kad group darah aku dan borang permohonan aku tadi.Siap jer semua tu,aku dikehendaki berehat sementara menderma.Sambil-sambil tu sempat lagi aku menjamah makanan yang disediakan oleh Batu Burok Beach Resort.Thanz dekat staff diaorang kerana menjamukan kami semua dengan hidangan yang sedap-sedap belaka.
Ni gambar kawan-kawan aku tengah menjamu selera.Yang tak boleh derma lah yang paling melebih-lebih..hehe.sorry.
Sambil tunggu giliran.sempat jugak pergi snap gambar dengan kawan-kawan aku yang dah menderma.Masa ni lah nak merapatkan hubungn kitaorang.Maklumlah,program yang berlainan
Ini jer gambar yang sempat aku snap.Ada kawan-kawan aku yang tak perasan pun aku snap gambar dia orang.
Last sekali,sampai lah giliran aku untuk menjlankan tanggung jawab sosial aku.Ni adalah procedure yang last sekali.Mula-mula nurse akan masukkan ubat bius.Time cucuk tu,ibarat rasa dia macam kena gigit semut jer.Bagi sesiapa yang pernah kena masuk air kat hospital tu,jarum drip tu lagi sakit berbanding jarum derma darah ni.Memang nampak besar,tapi tak sakit mana pun.So,tak perlu lah bimbang pasal sakit tu.
Alhamdulillah,aku berjaya menunaikan tanggungjawab sosial aku dengan menderma darah sebanyak 350 ml jer.Sekejap jer derma tu,tak sampai pun 20 minit.Kalau tidur pun,tak sempat pun nak lelap lagi.hehe.Lepas derma tu,memang ada rasa pening lah.Tapi atas orang jugak lah.Bagi aku yang first time derma ni,aku memang terasa pening yang sangat.Semua benda nampak 2.hanyut jer rasa.Salah sorang staff hospital telah menghulurkan air 100 plus kat aku,bagi mengurangkan rasa pening tu.Alhamdullilah pening tu kurang lah sedikit.Bagi sesiapa yang menderma,kita orang di minta untuk mengalaskan perut bagi membekalkan tenaga.Maklumlah,darah dah hilang kan.Alhamdulliah,selesai lah misi aku dan kawan-kawan lain.
Sijil diberikan kepada aku dan kawan-kawan yang lain sebagai membuktikan yang bahawa kita orang sudah berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial kita orang.
Akhir sekali,aku nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan pihak pengurusan Batu Burok Beach Resort kerana berjaya menganjurkan program derma darah ni..Insyallah,kalu ada umur yang panjang,boleh derma lagi nanti
Thanz untuk keychain yang amat bermakna ni