Saturday, 7 January 2012

Permulaan 2012

Assalamualaikum....

Tiba-tiba jer rindu nak berblogging malam ni selepas berbulan-bulan dah menghilangkan diri tanpa sebarang post kat blog ni.Sepanjang aku menghilangkan diri ni,banyak benda yang berlaku dalam hidup ini.Yang latest aku dah tak bergelar lagi seorang penganggur.Aku dah mula continue study dan start lapor diri pada 2 Januari 2012 baru-baru ni.Banyak benda yang berubah dalam hidup aku.Pukul 6.30 pagi dah kena bertolak  untuk pergi kelas yang start pukul 8 Pagi tiap-tiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.Petang pulak,terpaksa naik bas 2 kali untuk pulang.Itulah yang aku harus hadapi selagi aku bergelar seorang pelajar.Macam orang cakap lah "Bukan Senang nak jadi senang".So aku kena berkorban lah demi masa depan aku.Nak menangis pun ada apabila tertinggal bas.Sorang-sorang dekat bus stop dikala petang hari.Cuma doa jer yang menjadi perlindung diri ini.Aku juga di beri kepercayaan dari kawan untuk memegang jawatan no 2 dalam Majlis Perwakilan Pelatih.Terasa berat untuk dipikul,namun aku dengan sedaya upaya aku untuk membahagikan masa aku untuk mengimbangi kedua-dua nya.Aku tak nak pisang berbuah dua kali.Di samping itu jugak,aku dapat teman baru yang boleh berkongsi.Esok dah mula kelas untuk kelas teori dan amali..Maybe esok adalah intro dia lah kut.



Selain itu jugak aku nak kongsi rasa geram aku terhadap salah sorang penduduk di kawasan perumahan aku ni.Dah lah bawak kereta laju macam apa tah.Langgar anak jiran aku,sampai budak tu terlantar teruk kat hospital.Lepas tu,tak mengaku pulak bawak kereta laju.Sedangkan jiran-jiran aku yang berada di tempat kejadiaan menjadi saksi kemalangan tu.Mak cik kepada pemandu yang tak bertanggungjawab tu pulak merupakan jiran sebelah rumah aku,sibuk menjaja cerita yang anak buah dia ni tak bersalah.Malah menyalahkan budak yang tak berdosa tu pulak.Dah tahu kan kwasan perumahan,apasal pergi bawak kereta laju-laju.Nak menanah telinga aku dengar.Menyampah dan meluat pun ada.Selang beberapa hari kemudiaan tu,anak dia pulak kemalangan.Tuhan nak tunjuk lah tu kut.Kemarin,sempat jugak aku ziarah budak tu.Tak sampai hati tengok.Dah lah muka penuh dengan kesan lebam,tulang paha pulak patah.Lansung tak boleh bergerak.Yang tak sampai hati tengok,budak tu menangis kesakitan.Budak-budak memang dia tak tahu apa-apa kan.Menurut mak budak tu cakap,budak tu mengalami gegaran otak.Insyaallah kalu tak ada apa-apa ,hari Isnin ni dia akan menjalani pembedahan untuk memasang besi dekat paha dia.Moga-moga Allah permudahkan urusan tersebut


P/S:Jangan lah bawak kereta laju-laju dekat kawasan perumahan & jom sedekah kan Al-Fatihah buat adik tersebut.semoga dia cepat sembuh

No comments:

Post a Comment

terima kasih!!!jenguklah lagi