Pages

Wednesday 24 August 2011

Widgets Hari Raya

Assalamulaikum..Semperna nak raya ni,aku nak jgk nmpk blog aku ada mood raya,walaupun tuan blog ni lansung tak ada mood raya!.Dalam-dalam search  kat google ,terjumpa lah sites ni,so aku cuba-cuba gunalah.Comellah jgk widgets dia.So aku nak sharelh dengan sesiapa yang berminat untuk guna widgets ni.... 








Hai all...apa kabar...hari ini koz nak kongsi dengan korang hasil rekaan widget koz yang berikutnya ...Kali ini koz telah mereka widget ketupat contoh design seperti di atas...Sebelum ini koz dah design dua widget seperti di bawah:-







Jadi hari ini koz telah hasilkan widget ketupat pula... kalau berminat nak letak widget ini di blog korang,ikuti langkah-langkah di bawah:-



Langkah 1



Layout>Page Elements>Add a Gadget>HTML/Javascript



Langkah 2



Copy dan paste code di bawah


Save dan lihat hasilnya...

Kalau nak lagi mudah korang hanya klik button di bawah dan secara auto widget ini akan berada di blog korang











Tuesday 23 August 2011

KAMI BLOGGER PRIHATIN

Assalamualaikum










 Penderitaan rakyat Somalia amat menyayatkan hati.Mereka memerlukkan bantuan dari kita semua untuk meneruskan kehidupan sehariaan mereka.Bayangkan di bulan Ranadhan ini,kita selalu membuang makanan yang dibazirkan kita,Tapi mereka disana,makanan buangan itu lah juadah mereka.Ayuh,sebagai seorang blogger yang prihatin,ayuh mainkan peranan kita dalam membantu mereka.

KAMI BLOGGER PRIHATIN & KAMI SOKONG IRM!!!

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI

Assalamualaikum..Jom join segmen "Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI"




Segmen ni start pada hari ni,23 0gos 2011
dan berakhir tepat jam 12.00 tengah malam ni
so,apa lagi,rajin-rajin join bloglist saya  :)

Sunday 21 August 2011

today my birthday



Assalamualaikum.....
 yep!!yep!!! Today is my birthady.Tak syok lah.hehe.Dah tua dah.Umur dah berganjak dari angka 18 ke 19.huhuh...x apa lah.Asalkan hidup ku bahagia.Birthday  tahun ni rasanya x ada benda special lah...Tak ada makna nye birthday aku.Dari kecil sampai lah besar lanjut ni,aku memang tak pernah sambut birthday...Maybe tradisi sambut birthday ni takada dalam sejarah keluarga aku kut.Tak kisah lah...Asalkan aku bahagia sudah dan diberikan kesihatan yang baik sudah...tapi aku idamkan satu benda lah!Aku nak teddy bear domo kun...cute lah benda tu.Adik aku x suka benda tu.Dia cakap hodoh.X kisah lah.Macam aku katakan,asalkan aku bahagia sudah.heheheh...okay lah..setakat ni sahaja lah.Masih ada cter nak cter,tp lain enrty lah...


to myself,HAPPY BIRTHDAY..hehehe
p/s:syok sendiri wish birtday diri sendiri

Wednesday 17 August 2011

7 tahun berlalu...Along ridu sangat dekat ayah

Assalamualaikum..

Hari ni dah 17 hari semua umat islam menyambut Ramadhan.Terasa begitu cepat masa berlalu.Usia kita pun makin meningkat.Kali ni birthday aku jatuh pada bulan bulan puasa.21 0gos ni genap lah usia aku 19 Tahun.terasa macam budak lagi.Bila cakap tentang usia,aku kembali teringat dekat arwah ayah.Tambah-tambah pulak dah nak dekat ngan syawal.Siapa sangka usia dia 41 tahun dia dah dipanggil untuk mengadap Ilahi.Terasa baru semalam aku aku bergelak ketawa ngan arwah ayah,bermesra ngan ayah.Kalu lah ayah masih ada ni mesti meriah kan?keliling rumah mesti penuh ngan pelita,tanglung dan lampu lip lap.Arwah ayah marah aku dan adik main bunga api mula-mula nya.Dia takut something aku berlaku kat kiteorang adik beradik.Maklumlah juz kami berdua je anak dia.Siapa sangka di penghujung usia dia ,arwah ayah benarkan kiteorang main bunga api.Siap bagi duit dan bawak pergi pasar untuk pergi beli bunga api.Rasa macam tak percaya pun ada.Kalau time2 macam ni,semua kelengkapan raya dah siap terbeli.Aku rindu sangat suasana macam tu.Aku ingat lagi time last aku sambut puasa bersama dia,tiap-tiap hari dia mintak mak aku beli kan nasi ayam.Kalau tak pun Rojak Mamat.Tu lah hidangan last puasa arwah.Time tu ayah arwah tak boleh berjalan lagi kerana accident.Tak sangka lah tu puasa last bersama dia.

Aku rindu sangat-sangat kat dia.kalu boleh aku nak peluk dia.Biarlah sekejap pun cukup lah.Nak mintak maaf atas dosa yang aku buat.Siapa sangka ayah pergi selepas Along balik sekolah.Macam ayah tahu je ayah nak pergi.Tunggu Along balik sekolah.Terngiang-ngiang lagi suara ayah menjerit kesakitan di petang hari.Tak sangaka ayah dah nak pergi.teringat lagi tiap-tiap petang ayah tunggu Along balik sekolah bawah pokok inai.Lepas ayah pergi,Along menangis bila tengok pokok tu.Dah tak ada lagi orang tunggu Along balik sekolah.Rumah kat Hiliran tu pun dah terasa kosong.Last2 mak dan aku pindah duduk dengan tok ki.Tapi ketiadaan masih terasa.Tambah-tambah pulak masa tu nak dekat puasa dah.Aku tak leh bayang bertapa sedihnya aku masa tu.Pindah pun dalam keadaan tergesa-gesa.Perpindahan aku pulak macam tak diterima.1st puasa pada tahun tu terlalu sunyi.Aku lari dari meja makan,kerana terkenangkan arwah ayah.Aku amat rapat ngan ayah dari kecil sampai besar.Nak apa,semua ayah belikan.Hidup bersama ayah selama 12 tahun ngan arwah memang memberi banyak makna  bagi aku.Dia lah tulang belakang aku selama ni.Ketiadaan dia mengakibatkan aku lumpuh untuk meneruskan kehidupan ini.Di saat ni ait mata aku mengalir kerana kerinduaan kepada nya.Aku dah tak ada sesiapa di dunia ni selain mak dan adik.Ini lah harta aku di dunia ni.

Tak dapat aku bayangkan bagaimana aku menyambut syawal tahun ni.Dengan ketiadaan sanak saudara yang balik Ke Terengganu,membuatkan hati kecil aku ini menangis merindui memori lalu bersama arwah ayah.Sebelum ni,kehadiran mereka mengubat kesedihan hati ini.Tapi,bagaimana tahun ni???Fikiran kembali mengenangkan peristiwa lama berlaku.Arwah ayah suka sangat lagu raya Dj Dave.Bila aku dengar lagu tu,aku menangis.Dah tiada gelak ketawa pada malam raya,dah tak ada gelak tawa,tak ada pelita dan macam lagi yang hilang.Tak dapt nak digantikan wlaupun diganti dengan apa sahaja benda lain.Aku amat merindui ayah.......................Along syangkan ayah........... Al-Fatihah


kenangan gambar raya masa aku berusia 1 tahun




wordless wednesday #1

Assalamualaikum.Ini 1st picture for wordless wednesday saya


Tuesday 9 August 2011

Wanita ibarat buah epal


"Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain. Jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya."

Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,
kenapalah diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu...


Kata2 ni lah yg aku pegang dari dulu lg.Sesungguhnya maruah seorang wanita amatlah mulia n tiada nilainya.


Tuesday 2 August 2011

ape tu gastrik dan amalan2 yang patut pesakit gastrik amalkn sepanjang Ramadhani.

Hari 2nd Ramadhan.Alhamdullilah aku masih diberikan kesempatan bernafas bagi menikmati ciptaan Allah swt ni.Permulaan puasa pada tahun ni alhamdullilah lah.Gastrik aku x datang.Jika nak banding dengan tahun pertama aku kene gastrik dulu mmg seksa lah.Post kali ni aku nk share tentang ape tu gastrik dan amalan2 yang patut pesakit gastrik amalkn sepanjang Ramadhan yang mulia ni.So aku harap post kali dpt bantu koorg yg mana ptt.

Gastrik dibahagikan kepada 2 jenis


-Gastritis(keradangan  lapisan mukosa yang melapik dinding perut)
-Ulser perut(lebih teruk berbanding  gastritis)



     Secara semula jadi,sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik(dengan pH 1hingga pH 2) yng berfungsi sebagai pencerna makanan.Sel perut perut pula menghasilkan lapisan Mukosa(lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada  kesan  rembesan asid hidroklorik.Jika lapisan ini menjadi lemah,ulser boleh terjadi  kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
 
    Sesetengah orang mengadu sakit perut ketika lapar,ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan,ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda-tanda gastrik mudah di kesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian perut.Antara tanda-tandanya

  • Sakit perut(pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak,berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa 
  • Kembung,sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual(loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun(pada peringkat teruk)
  Jika sampai pada peringkat teruk,ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu

  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa yang berisiko ?

Gastrik ni adalah masalah yang lazim dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.Ia biasanya berlaku disebabkan gaya hidup seseorg teersebut dan faktor2 berikut:

  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama seperti ubat anti keradangan bukan streiod(NSAID).Termasuklah aspirin (yg diambil untk mencairkan darah bagi pesakit jantung)
  • .
tempoh pengambilan yang boleh menyebabakn seseorg itu mendapat gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif,pengambilan selama beberapa minggu pun boleh menyebabkan masalah ini.

  • Merokok dan banyak minum minuman keras.Asap rokok dan alkohol boleh mendatangkan kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H.pilori).Bakteria ini berupaya  melemahkan lapisan mukosa  melalui 2 cara:
            a-Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yg memecah atau menguraikan urea kepada              ammonia.Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa.kehadiran ammonia yang banyak boleh melemahkan lapisan mukosa yang menyebabkan asid  hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
           b-Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar).Jadi ia  boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini.

  • Tekanan.Individu yang banyak memgalami tekanan samaada tekana kerja ,peribadi,pelajaran atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik.Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana  ia juga merupakan tekanan kepada badan.
  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional,terutama yang mengandungi akar kayu.Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional  dicampur steroid supaya ia berkesan dan mujarab.  
Amalan-amalan yang perlukan diamalkan

  • Makan sedikit demi sedikit secara berperingkat2 apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak terkejut.
  • Berbuka dengan kurma ,sedikit kuih muih atau buah-buahan  sebagai permulaan.
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
  • Sentiasa bersahur 
  • Segerakan berbuka dan mulakan berbuka dengan makanan ringan seperti kurma,air kosong,buah buahan atau sup rendah lemak.Elakkan mengambil kuih yang manis dan air yang manis
  • Ambil lauk atau juadah rendah lemak,kurang lemak,kurang pedas atau berempah
  • Elak minum minuman berkafein ketika berbuka
  • Makan secara sedrhana.secukupnya dengan melebihkan buah-buahan.Sebaik-baiknya behenti makan sebelum kenyang     
                                            
                                                                  

Monday 1 August 2011

kawan2 at uitm..miss you so much


gambar ni diambil sebelum kiteorg msuk lab



 y
 ni Farah.salah sorang teman rapat aku.Ni gambar kiteorg ambil semasa pgrm kuliah magrib n solat sunat hajat
 ni Ira.Ni semasa kelas ganti subjek BEL 021
 ni Noli dan aku.Ni masa pgrm Terminalogi Subjek sn
  ni Aen.comel ngat dia
 ni gamabr Farah n Tiqah.Ni gmbr semasa lab terakhir aku

 Ni salah sorang roomate aku.Gamabr ni diambil semasa Minggu Destini Siswa
 Ni adik Medec.Aku yg bg gelaran ni cz dia suka sngt pnggl aku Kak Medec
 Ni diambil secara diam2 semasa kelas prep bio
 ni Sarah.Member sebelah bilik aku.Dulu aku rajin sngt tidur blk dia.Kongsi bantal.he2
 Ni budak2 klas aku
 ni member group bio aku dalam lab
 sebelah kiri tu Anis.top stdnt jgk lah.Sebelah lagi tu yati.baik org nye
 ni aku sengaja edit.bdk group aku lab kimia
 ni diaorg.jz aku sorang je prmpn dlm group tu
sebahagian daripada member aku kat atas tu,adalah member group aku untk lab fizik

Hari ni 1st Ramadhan.Aku menyambut Ramadhan kali ni seperti biasa lah.1st Ramadhan tanpa sahur,dengan rasa yang sedih kerana tidak dapat menyambut Ramadhan kali ni dengan teman2 uitm aku seperti yang aku rancang dengan kawan2 aku sebelum ni.Aku berpisah dengan diaorg tanpa sepatah perkataan yang mengucapkan selamat tinggal di petang sehari enyambut Ramadhan yang mulia ni.Sedih sangat bila kenangkan diaorg semua.Panggilan yang biasa diorg pnggl "kak Medec" dah tak kedengaran.huhuhu...Macam mana lah diaorg ye.Bersahur n berbuka bersama2.Mesti bez jgk.cz kteorg dah mcm dik beradik.X ade rahsia antara kami semua.Yang paling jahat,simpan perasaan tak puas hati dalam hati ni.x nk gaduh2.tu pendam je..Aku x bgtau semua kwn2 aku yg aku nk pergi dah.jz sorang dua je yg tahu.tu pn diaorg tak nak lepaskan aku pergi..Aku rindukan diaorg.cm mana lah ptg ni.bru plan nk bersahur,berbuka dan tarawih sama2.Namun apa yang dirancang tak kesampaiaan.Sesungguh nya kita hanya merancang,semua nya Allah yang menentukannya.Semoga diorg berjaya menghabiskan Ramadhan ni dengan hati yang gembira dan berjya menempuh kehidupan disana dengan baik walaupun jauh daripada keluarga tercinta.Gud luck untk mereka semua krna tinggl 1 bln lbh lagi sebelum final exam menjelma.