Pages

Tuesday 22 November 2011

Emas kembali dalam gengaman






Akhirnya,skuad Harimau Malaya U 23 telah membaham Sang Garuda dengan dengan game yang baik..Tahniah buat team Malaysia kerana telah merobek keangkuhan skuad Sang Garuda di bumi nya sendiri dan tahniah kerana membawa pulang emas yang paling penting dalam sea game ke 26....Malaysia Boleh!!!!

Wednesday 16 November 2011

coretan kehidupan

Assalamualaikum..

Dalam dua hari ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku ni.Ada kisah sedih dan suka..huh.Itu lah dinamakan sebuah kehidupan."Hidup ini sebagai sebuah akademi".Aku petik dari tajuk sebuah buku motivasi yang dihasilkan oleh saudara Mohd Syarafuddin Sulaiman.Rentetan nya bermula kemarin.Tapi tak sempat nak post kat blog.

15 November 2011

Akhirnya tarikh ni aku berjaya memegang lesen memandu kereta dan menunggang motorsikal setelah berbulan-bulan belajar dan berkali-kali mengulang test JPJ.Tapi rasanya tak happy mana pun.Sedih ada lah coz ayah kepada ayah angkat telah hilang selama 4 hari.Tak dapat di kesan.Gundah gulana rasanya.Walaupun sekadar ayah angkat,aku dapat rasa macam mana perasaan nya.Mesti lah bimbang tentang keselamatan ayah dia.Tak dapat nak bayang macam mana rasa tu.Aku pun sedih jugak,bila aku tengok "Tok Ki" aku mula teringat arwah atuk aku.Aku sayang tok ki tu.Cz aku dah tak ada tok ki lain dah.Atok dan nenek aku semua nya dah meninggal.Ayah angkat yang aku panggil ayah tu lah yang sibuk ke sana ke mari ,siang dan malam pergi cari tok ki.Kalu boleh nak ikut sekali pergi cari.Tapi tak terdaya nak mengikut nya.Akhirnya,ayah terpaksa mengiklankan kehilangan tok ki dalam surat khabar.Tu salah satu ikhtiarnya.


16 November 2011

Awal-awal pagi dah aku samapi kat rumah keluarga angkat aku.Kebetulan kakak angkat aku ada kat rumah.Kite orang sembang lah pasal tok ki.Tanya ada apa-apa perkembangan.Menurut mak angkat aku,ada lah seorang mak cik ni call bagi tahu yang tok ki ada dekat Dungun dalam 2 hari yang lepas.Masyaallah..Jauh nya tok ki jalan sampai Dungun.Dah dia dah berusia.Tu je info yang dapat tahu.Masing-masing moody.Runsing.Dalam pukul 10.30 pagi,dapat satu call yang inform tok ki ada di kawasan Marang dalam keadaan basah kuyup.Alhamdullilah.Syukur sangat-sangat.Dalam 2 hari ni,aku dapat belajar banyak benda.Erti kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa.Aku teringat ada seorang sahabat yang bertanya kan kepada Rasulullah SAW.Siapakah yang di utamakan dahulu dari ibu dan ayah.Maka Rasulullah SAW berkata "ibu ".Maka ditanya kembali sahabat tersebut,Rasulullah menjawab kembali "ibu".Ditanya kembali sahabat tersebut,masih "ibu" jawapan Rasulullah SAW.Akhirnya,ayah merupakan jawapan ke empat Rasulullah SAW selepas Ibu.Ini bermakna,ibu didahulukan.Walaubagaimana pun,ayah masih diutamakan.Aku dapat melihat sendiri macam mana ayah melayan tok ki dengan baiknya.Aku rasa dah susah aku nak jumpa anak macam tu di zaman sekarang walaupun ayah sendiri susah .Aku sendiri menumpang kasih dengan ayah setelah aku sendiri kehilangan ayah kandung Aku tak kisah kalau ayah nak marah aku sekalipun coz aku tahu aku dah tak ada ayah lain untuk memarahi aku.Segala teguran dia untk kebaikan aku jugak.Tapi sayangnya aku tak sempat untuk berbakti kepada nya.Kerana Allah telah mengambilnya untuk selama-lamanya.Hanya aku mampu buat berdoa untuknya dan berbakti kepada mak.


P/S;Berbaktilah kepada ibubapa anda sesungguhya mereka adalah insan paling berharga di dunia.Tiada mereka,tiada lah kita

Monday 14 November 2011

Berhias Diri yang Haram Dari Sudut Agama Islam

ASSALAMUALAIKUM




1.MENYERUPAI ORANG KAFIR


Dari Abu Syuib RA Rasulullah SAW bersabda :
" Tidak termasuk golongan kami orang yang meniru selain kami,janganlah kamu meniru orang Yahudi dan orang Nashara
(HR Tirmidzi,dihasankan oleh al-Albani)


2.BERDANDAN SEPERTI ORANG MUSYRIK


Umar RA berkata:
"Dan janganlah jauhkan dirimu dari bersenag-senang dan meniru model dan gaya orang musyrik"
(HR Muslim)
Contohnya mengalungkan kalimah "Allah" di leher,hal ini meniru orang Nasrani menggantungkan salib di leher atau berbaju batik atau motif lain yang ada gambar salib namun tersamar.


3.MENIRU GAYA ORANG ASING


Umar RA berkata:
"Dan jauhkan dirimu dari model orang asing dan pola hidup mereka"
(Musnad Abdurrozah 11/85)
Contohnya wanita menyanggul rambut di atas kepalanya atau di belakang kepalanya atau di sambungkan dengan rambut lain,mengenakan baju bergambar mahkluk hidup atau surat khabar dan lainnya.Lelaki menyisakan rambut satu helai atau mencukur rambut sebahagian dan menyisakan sebahagian.Dan contoh lainnya.




4.BERLAGAK SOMBONG


Dari Abu Hurairah RA,Rasulullah SAW bersabda;
"Ada tiga kelompok yang Allah tidak mengajak mereka pada hari kiamat dan tidak pula membersihkan  doasa mereka dan tidak mahu melihat mereka dan bagi mereka seksa yang sangat pedih,iaitu orang tua yang berzina,raja pembohong dan orang miskin yang sombong"(HR Muslim)




5.BERGAYA UNTUK MENCARI KELAINAN


DAri Ibnu Umar RA,Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berpakaian popular di dunia,maka Allah akan mengenakan baginya pakaian yang hina pada hari kiamat lalu dinyalakan api di dalamnya
(HR Abu Dawud ,dihasankan oleh Albani).


                                                                                                                               -iluvislam-





P/S:   Firman Allah yang bermaksud :  
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke    tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang ),dan  makanlah serta minumlah ,dan jangan pula kamu melampau;sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.
(Surah Al-A'raf ayat 31)


                                                                                                                      

Friday 11 November 2011

INSYAALLAH..satu hari nanti



 Assalamualaikum..


Salam Baitullah telah melabuhkan tirai bagi tahun 1432 Hijrah bersamaan 2011 Masihi.Itulah antara rancangan yang terbaik yang pernah aku tonton dekat RTM.Tiap-tiap malam tak miss pun program tu.Terdetik di sanubari hati kecil ni  mahu menjejakkan kaki ke Tanah Haram tu bersama seluruh keluarga.Yang paling tersentuh sekali adalah mak.Mak sampai menitiskan air mata kehibaan menyaksikan golongan seusianya telah berjaya menjejakkan kaki Ke Masjidil Haram bagi menunaikan fardu haji yang dituntut oleh agama jika berkemampuan.Pintu hati nya turut terbuka untuk membuka akaun Tabung Haji  dan sekaligus mendaftarkan diri nya untuk ke Mekah.Aku amat berharap sangat mak dapat jejakkan kaki nya ke Mekah sebelum beliau meninggalkn duni yang fana ini..Ini adalah impian yang paling dihajati mak.Aku pun berharap suatu hari nanti,aku dapat menemai mak pergi mengerjakan haji bersama aku.Tak lupa jugak,kalau boleh aku nak bawak adik aku sekali.Itu lah impiaan aku selama ni selepas arwah ayah tak sempat pergi menunaikan haji.Insyaallah kalau dah kerja,aku berazam untuk penuhkan akaun tabung haji mak...Insyaallah




                     
 



                       


"Ya Allah aku merindui untuk menjejakkan kaki ku ni ke rumah mu.Moga ku diberikan rezeki untuk mengadap mu..Insyaallah"







Coretan Kedua..Di sebalik Qolsharif



sumber:google

Berkonsepkan seni bina yang agak kontemporari yang dipengaruhi dengan ciri-ciri budaya tempatan dicorakkan kepada masjid ini.Selain itu,senibina tradisional dari Bulgaria yang digabung dengan elemen dari zaman Renaissance serta dari zaman Uthmaniah turut diterapkan dalam pembinaan kembali masjid ini.Konsep pembinaan masjid ini turut menempatkan sebuah kompleks yang besar yang terdiri dari sebuah bangunan masjid ditengah-tengahnya,terdapat pavilion yang lengkap dengan kolam air panas pancuran dibahagian kiri dan kanan masjid.Selain masjid,kompleks itu juga tutut dilengkapi sebuah bangunan sebagai muzium,perpustakaan,pusat penerbitan dan pejabat pentadbiran masjid.

                  Sumber:google

Masjid yang dibina di bahagiaan barat dalam kawasan tembok Kremlin ini di bina tinggi dan sebuah kubah besar berwarna biru yang setiap penjuru kubah tersebut terdapat empat menara yang tinggi.Setiap satunya setinggi kira-kira 63 meter dan empat menara kecil yang setinggi 43 meter.Terdiri dari dua tingkat,masjid ini begitu unik kerana berbentuk oktagon (bentuk poligon dengan lapan sisi dan lapan sudut) dengan satu-satunya kubah besar berwarna biru yang dihiasi dengan sisi-sisi tingkap berbentuk kelopak Bunga Tulip dengan kaca-kaca berwarna.

Kini setelah 460 tahun selepas dimusnahkan oleh Tsar Ivan,Masjid Kul Sharif telah berdiri dengan penuh gah disamping menjadi lambang kebanggaan dan kemegahan warga Bangsa Tartar dan turut menjadi tarikan pelancong asing yang menjejakkan kaki ke bumi Rusia selain dari Dataran Merah dan Gereja Ortodoks...


                  Sumber:google
tamat...

Coretan pertama..Di sebalik Qolsharif

Assalamualaikum



Masjid Qol Sharif atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru yang lebih dikenali oleh masyarakat dunia merupakan sebuah masjid yang mempunyai coretan yang tersendiri.Masjid ini menjadi masjid kebanggaan Bangsa Tartar kerana ia merupakan bukti kebangkikan Bangsa Tartar yangmemperjuangan kesuciaan agama Islam di bumi mereka di samping mempertahankan mempertahankan tempat ibadah umat Islam.

Sejarah bermula dengan dengan seorang pemerintah yang bersifat gila dan kejam.Pemerintah atau Tsat,iaitu Tsar Rusia yang pertama,Ivan IV Vaasilyyerich(25 Ogos 1530-18 Mac 1584) yang dikenali sebagai Ivan The Terible yang begitu kejam telah menyebabkan binaan masjid asal masjid tersebut terbakar dalam kejadiaan yang begitu tragis.Masjid tersebuat dahulunya terletak di ibu kota lama atau tertua Rusia,Kazan yang juga merupakan ibu negara bagi Tatarstan.Masjid ini merupakan lambang kekuatan umat Islam di Kazan di bakar oleh Ivan yang turut dikenal  sebagai “The Evil Emperor “(Ivan IV diberikan jolokan seorang yang kejam kerana pemerintahannya yang kejam)

Selepas bergelar sebagai Tsar,Ivan terus melancarkan penaklukannya terutamanya menghapuskan masyarakat beragama Islam.Ketika itu,Tatarstan diperintah oleh seorang ratu yang dikenali sebagai Ratu Suyumbika.Kekejaman Ivan ditentang sekeras-kerasnya oleh Iman Seid Kul Sharif dan anak-anak didiknya.Mereka cuba mempertahankan masjid itu musnah di tangan  Ivan yang kejam.Walaubagaimanapun,mereka tewas dalam mempertahankan masjid itu yang juga merupakan pusat pengajiaan ,pusat sains yang selain itu terdapat sebauah perpustakaan daripada musnah.Iman Kul Sharif turut gugur dan syahid dalam usahanya mempertahankan masjid tersebut.

                      sumber:google

Namun ada pendapat mengatakan terdapat beberapa bahagian tinggalan masjid lama itu masih boleh didapati iaitu Gereja Ortodoks atau Katedal Saint Basil yang menjadi tarikan orang ramai yang terletak berhampiran Masjid Kul Sharif.Selepas peristiwa hitam itu berlaku,masjid itu kembali dibangunkan pada tahun 1996 sehingga siap setelah sembilan tahun masa diambil untuk dibangunkan kembali.Masjid itu kembali dibuka pada tahun 2005 dengan kos pembinaan yang menelan belanja sehingga 400 juata Rubel (AS$ 14 Juta).Pihak dari luar dalam dalam turut memainkan peranan penting dari sudut pembiayaan dalam pembinaan kembali masjid itu terutamanya dari Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu(UAE).

             
                   Permandangan Waktu Malam     sumber:google

Masjid biru dan putih yang sangat indah serta menakjubkan itu dinamakan “Masjid Kul Sharif” bersemperna memperingati perjuangan suci Iman Kul Sharif yang mempertahankan masjid itu dahulu dan secara lansung mempertahankan agama Islam yang suci.Masjid ini kemudiaanya di buka secara rasmi dan Solat Jumaat yang pertama kali di adakan semperna sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-100 Kota Kazan.Majlis perasmiaan ia turut dihadiri oleh tetamu kehormat dan diplomatik dari negara Islam termasuk wakil Presiden Rusia ketika itu,Vladimir Putin.

Masjid ini diisytiharkan sebagai masjid kedua terbesar di Eropah (selain Turki) iaitu selepas Masjid Kubah Besar Gronzy (Gronzy Centre Dome Mosque) memandangkan ia mempunyai keluasan 19 00 meter persegi.Dewan solatnya dapat menampung 1500 jemaah dalam satu-satu masa dan 9000 lagi orang jemaah di ruang terbuka dan halaman masjid....bersambung

Wednesday 9 November 2011

Now friendship between us is over







Assalamualaikum...


Sorry kalau entry aku kali ni membosankan..Namun aku ingin juga coretkan rasa hati kecil aku ni..Now friendship between us is over!!!.Itu yang aku ingin luahkan..selama ni aku cuma pendamkan perasaan hati duka aku ini.Maybe selama ni aku buta.Aku menganggap dia seorang kawan,tapi dia sebalik nya.Tanggal 8.11.2011 semua nya telah berakhir.Kes nya kecil jer.Aku dah terangankan kat dia knapa aku tak contact dia.Tapi dia lansung tak faham masalah aku kenapa aku tak contact.Aku sebenarnya memendam rasa apa yang dia buat kat aku.Yang tu salah satunya.Tu lah jenis aku.Kalau aku dah terasa ngan seseorang tu,aku tak akan contact orang tu..Selama ni aku jer yang ingat kat kawan-kawan aku.Message diaorang.Tapi adakah dia buat cam tu kat aku.Aku sakit ke,aku sihat ker.Masa aku terlantar kat hospital,tak ada sorang pun yang jenguk aku.Tapi aku tak kisah pun.Namun tahap sabar mempunyai had jugak.Sampai hati dia malukan aku kat fb.Siap mention lagi nama aku.Katanya untuk sedarkan aku..Tapi adakah dia sedar apa yang dia buat kat aku.Dia tak lagi hormat aku dan keluarga aku. Kadang kala aku fikir baik aku jadi selfish untuk diri sendiri.Tak perlu lagi peduli pasal orang lain.Kerana orang pun tak peduli pun perasaan aku.Time aku keluar dengan dia,aku selalu dipinggirkan.Aku fikir cukup lah.Apa yang dia buat dekat aku 3 tahun lepas pun masih terasa,terngiang-ngiang lagi kata-kata berbisa dia dekat aku.Dia malukan aku dihadapan orang ramai.Namun ketika tu masih ada ruang untuk aku terima dia.Walaupun hati ini terasa serik untuk menerima nya lagi..Cukuplah setakat ini.Aku tak perlukan seorang kawan macam itu lagi..aku tahu kata-kata aku ini kejam.Namun hati ini tidak tertanggung untuk menerima rasa pedih dari perbuatan dia.Cukuplah setakat ini.Now friendship is over.

                      

Sunday 6 November 2011

PERMOHONANAN ANDA TIDAK BERJAYA...aku frust ker?? or aku ni memang tak ada perasaan



Assalamualaikum......

Permohonan aku nak continue study tidak diterima...!!!

huh..sedih ker aku..or memang aku lansung tak ada perasaan pasal permohonan aku tu.Rasa bosan giler duduk dekat rumah tak buat apa-apa.Macam orang tak berguna lansung.Kalau tak continue study,nak kerja per err???Zaman makin maju.Semua orang makin pandai.Sekarang orang ada degree pun tak dapat kerja.Apatah lagi dengan kelulusan aku yang tak seberapa ni..huh.Pening pikir masa depan ni.Ni musim aku dan kawan-kawan aku frust dengan results.Ada yang boleh continue dan ada yang tak boleh.Bagi yang boleh.Alhamdullilah lah.Bagi yang tak boleh,melopong lah jawabnya.Masing-masing dah taubat.Kalau nak sambung study,tak nak ambik aliran sains dan seangkatannya.Macam aku,aku dah fedab nak ambik subjek sains dan sekarang tengah pening nak sambung balik dekat mana pulak lah lepas ni...Hanya ada dua pilhan jer lagi.Kalau tak bolehjugak,jawabnya ke swasta lah jugak aku pergi nanti.

Saturday 5 November 2011

Salam Aidil Adha



Assalamualaikum...salam 1 Malaysia...hihi

Tiap kali Raya Qurban mesti orang tanya,berapa ekor kau korban kan lembu,kerbau dan kambing....Tu lah sinonim ngan masyarakat kita.Tapi adakah kita faham apa disebalik qurban tu????masing-masing tanya lah pada diri sendiri..Bagi aku qurban,bermakna pengorbanan yang aku lakukan untuk agama,negara,bangsa dan keluarga ku..Tak lupa untuk jiran sekali.Kali ni aku korban kan perasaan rindu aku untuk balik rumah atok aku.Sedih lah coz tak boleh kumpul semua family.Tambah pulak,kebanyakkan mak cik dan pak cik aku merantau jauh belaka.So nak kumpul,memang susah lah.Tak apa lah itu di namakan pengorbanan.....

"Salam Aidiladha dari saya untuk semua.Jangan makan daging banyak sangat.Darah tinggi nanti!!!.Buat teman-teman,kalau nak balik kampung,hati-hati di jalan raya.Ingat orang tersayang."


Thursday 20 October 2011

Bersabarlah duhai hati


Kadang-kala kita fikir hidup kita dah tak berguna bagi sesiapa kan?Itu lah yang aku rasa sekarang.Berat untuk aku tanggung semua nya.Aku cuba cari jalan penyelesaiaan nya.Aku dah letih hidup macam ni.Terlampau berat untuk aku terima semua nya.Tak tertanggung rasanya.Sedih,tertekan,susah hati dan macam -macam rasa ada.Mula-mula test JPJ yang kandas banyak kali.Beratus duitnya habis.Siap kena marah dengan mak.Sampai seminggu senyap.Nothing a word come from us.Lepas tu lappy buat hal.Nak baterry baru.But aku still boleh sabar lagi walaupun masa tu emosi aku terganggu macam apa.Sekarang,tambah pulak lagi satu masalah,bermasam muka dengan adik aku yang sorang tu.Dia nak bawak lappy ni ke Bachok,Kelantan esok.Huh.Macam-macam benda bermain kat kepala aku sekarang.Nak beli battery untuk lappy ni,x ada duit.Pas tu pulak,antivirus yang hanya tinngal beberapa hari lagi lesen ni perlu di ganti.Mana aku nak cari RM 200 dalam sekelip mata untuk provide yang terbaik untuk adik aku.Aku sendiri susah hati tengok dia tak cukup kelengkapan untuk pergi Kem Robotik Peringkat Kebangsaan esok.Aku tahu ni first time dia dapat join kem macam ni.Tapi ada siapa yang faham perasaan aku sekrang?bertapa tertekan nya aku,susahnya hati kau.Aku tak tahu mana nak lauhkan perasaan ni.Apa yang aku tahu,orang akan menyalah kan aku kemabali.Kalu ada apa-apa terjadi nya kat lappy ni,mana aku nak cari ganti.Bukan senang nak dapatkan lappy ni.Ia satu-satunya benda yang berharga aku ada.Mana aku nak cari ganti.Seba slah jadinya.Masing-masing dian tak berkata berlaka.Aku tahu adik aku protes kat aku.Aku pun terasa jugak.Tapi adik kan.Ia satu-satunya adik aku.huh.Tak tergambar perassan aku sekarang...bersabarlah duhai hati

Monday 17 October 2011

Berakhirnya

Assalamualaikum....lama x update blog.Klu ikutkan nak update kemarin dah.Tapi letih sangat.Tangguhlah ke hari ni.Kisah yang nak di kongsi ni adalah kisah kemarin.Dah lewat dah nak cter.Tapi aku still nak kongsi jugak lah.Mana tahu ada yang boleh di kongsi bersama.

16 Oktober 2011
Tarikh ni amat bermakna bagi aku,selepas tiga tahun aku berulang alih dari menerima rawatan kat Klinik Pakar Hospital Sultanah Nur Zahirah.Aku happy sangat,lepas ni aku dah tak perlu ulang alih dari hospital lagi.tak perlu lagi ambik ubat selalu,tak perlu lagi kena incharge ward,tak perlu lagi menunggu giliran untuk berjumpa doktor dan ahli farmasi dan yang paling best nya tak perlu lagi buat test yang menyakitkan dan menyeksakan.Dah lama aku tunggu saat ni.Bayangkan tiga tahun merupakan tempoh masa yang lama bagi aku harungi semua tu.Sekarang Alhamdullilah.Aku dah tak perlu lagi ambik ubat yang kuat dose nya.

Mungkin silap aku jugak sebelum ni,tak pergi check up awal-awal.So untuk ko orang semua,aku nak share pengalaman aku ni sebelum,semasa dan selepas aku dapat penyakit ni.Pernah seorang staf nurse bagi tau kat aku,penyakit yang aku kena ni,x tak boleh baik sepenuhnya.Ubat yang aku ambik tu,sebenarnya hanya menolong untuk melegakan sakit sahaja.Dia jugak suggest aku pergi jumpa pakar.Thanz untuk dia,kalau bukan dia yang suggest,aku pun tak tahu macam mana cara nak pergi jumpa pakar.Kisah nya bermula masa aku form 5.Aku ni aktif sangat dengan kawat kaki.Masa tu kena pergi bertanding peringkat daerah.Terpaksa masuk jugak,tak ada orang nak ganti.Jadi ketika tu,aku pulak tiba-tiba je tak sihat.Tapi paksa diri jugak.mas tu sakit pinggang.Aku pergi telan ubat tahan sakit,tanpa mkan ubat.Lama lah jugak aku buat cam tu.Campur lak,aku selalu skip makan.Aku just kenyang minum air jer.Tiba satu masa tu,aku batuk teruk.Aku tak pergi klinik pun check up.Aku senyap je.Lansung tak bagi tau mak aku.Sebenarnya takut nak pergi...kiki..Aku bertahan lama lah jugak.Ketika negara gempar ngan H1N1,masa tu aku deman,letih,batu-batuk,dan skit dada.Masa tu,kawan-kawan suruh pergi check up kerana time tu dah nak dekat ngan SPM.First time check up,lansung tak ada apa-apa signs.Balik jer check up,malam tu aku di masukkan ke bahagian Kecemasan HSNZ.Masa tu aku kekurangan carbon dioxide dalam badan..kiki..doktor dah suspek aku kena gastrik masa tu.Tapi aku cakap tak ada.mlam tu juz dia observe jer lah.Dalam 2 jam lepas tu aku dibenarkan balik.happy sangat lah masa tu.Tapi lepas kejadiaan tu,aku hilang selera makan.Aku pergi sekolah pun minum air kosong jer.Satu masa tu kat sekolah,aku hampir-hampir pengsan.nasib ada kawan baik aku yang tolang papah aku bawak pergi bilik rehat.Hari tu jugak aku  dimasukkan ke Bahagiaan kecemasan HSNZ selepas selang beberapa hari aku aku dimasukkan ke bahagian tu.Masa tu doktor terus buat test.Ambik darah,masuk air dan ubat.Time tu jugak aku deman.Aku disuruh telan ubat.Tapi tekak ni lansung tak leh terima.Last sekali doktor cakap aku gastrik.terlampau umum.Gastrik kan banyak jenis kan?Dipendekkan cerita,boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku masuk hospital..hehehe..sampai tangan aku penuh dengan bekas jarum.Berat aku pun turun time tu.Habis semua makanan yang aku makan tu semua aku muntahkan balik.Perut tak leh terima.Kadang-kadang pukul 3 pagi aku still aku wad kecemasan.Angkara gastrik ni lah.Langsung tiada kesudahan.Selalu jer deman,muntah,pedih ulu hati.Aku pun letih dah hidup cam tu.Selalu je ponteng sekolah.Last-last aku berani kan diri pergi jumpa doktor pakar.Aku buat OGDS.Test yang menyeksakan bagi aku.Test yang memerlukan kamera dimasukkan ke dalam perut.Selain tu jugak,doktor tukar aku punya ubat.Ubat tu juz boleh dapat kat klinik pakar tu je.Tu doktor kasi stok kat aku banyak..hehe..Dari results OGDS  tu,doktor telah mengesahkan aku menghidapi "Antral Gastritis".Lega dapat tahu punca sebenar.Dia macam luka kat bahagiaan akhir perut.So,bila dah gastrik attack aku balik,aku kena ambik ubat tanpa behenti dalam tempoh seminggu berturut-turut.Mas tu,tak boleh lah ambik makanan yang pedas,berminyak ,berempah dan berangin.Lepas tu nak makan pun boleh lah.Tapi sikit je lah.Kalau time puasa lak,aku cuba elakkan makan nasi.Aku lebih suka makan makanan bersup.




Sekarang semuanya dah okey.Alhamdullilah.Tapi still kena refer ke Klinik Kesihatan jika memerlukan.Kemarin pakar bedah kat HSNZ masih bekalkan aku ubat kerana kemarin aku kena gastrik aku tak baik lagi dari minngu lepas.Nasib tak ada apa-apa yang teruk.So,untuk ko orang semua,kalau dah sakit tu pergi lah check up awal-awal.Jangan tangguh-tangguh nanti jadi benda lain pulak.Bagi yang ada gastrik tu,jaga kesihatan betul-betul kerana gastrik ni bukan penyakit yang boleh dibiarkan begitu sahaja.Silap-silap boleh bawak maut tau dan jangan pakt hentam je makan ubat cam aku ni.Kan dah buruk jadi nya....

Tuesday 27 September 2011

Fedab dah

Assalamulaikum...Dah lama tak update blog.Sejak raya lansung tak ada cerita.Dah nak sebulan menghilangkan diri dalam dunia blogging.Raya tahun ni okey lah.Biasa-biasa jer.Nothing special pun.Family tak balik.Starting entry kali ni,aku kembali ngan cter yang membuatkan aku dah fedab n give up!Mengapa aku give up??? tgk jer lh gambar kt bawah ni.





Mana nye aku x fedab.Kali ni dah kali ketiga aku pergi test JPJ.Duit lagi melyang.Bukan sikit,sekali ulang test RM 90.Huh..Aku ni bukan kerja yang cop duit tiap-tiap hari.Kalu laha aku anak jutawan,tak apa lah jugak.Huh.Berhabisan duit semata-mata nak ambik lesen.Kemarin kat Institut Memandu,per!!punye lah ramai calon yang kandas.salah sorang termasuk ngan aku.Sedihnye Tuhan je lah yang tahu.Kemarin sehariaan aku menghilang kan diri selepas test aku kandas.Semua call dari mak aku,aku tak answer.Aku dah tahu, confirm dan double confirm aku akan kena marah.Rasa menyesal pun ada jugak ambik lesen ni.Dah lah tinggal kelas masa test pertama dan kedua.Bazir masa aku lagi.Apa lah nasib aku.Semalaman mengurungkan diri dalam bilik.Memikirkan apa lagi nak jadi lepas ni.Aku dah rasa give up dah nak ambik lesen.Kemarin kat Bitara,aku dapat tengok muka masing nervous dan tension.Aku pun tak cakap banyak ngan mak aku.First time aku menangis dan mengurungkan diri dalam bilik.kesnye kandas.Klau citer kat orang pun,mesti orang suka.Ape lah budak tu.Bwak kereta punye lah senang..tu pun,tak boleh lulus.Untuk dapat satu lesen pun,punye lah banyak halangan,apa lagi untuk terusakan kehidupan kat muka bumi Allah ni..huh



Bila lah tanda P ni leh letak kat kereta..???huh

Wednesday 24 August 2011

Widgets Hari Raya

Assalamulaikum..Semperna nak raya ni,aku nak jgk nmpk blog aku ada mood raya,walaupun tuan blog ni lansung tak ada mood raya!.Dalam-dalam search  kat google ,terjumpa lah sites ni,so aku cuba-cuba gunalah.Comellah jgk widgets dia.So aku nak sharelh dengan sesiapa yang berminat untuk guna widgets ni.... 








Hai all...apa kabar...hari ini koz nak kongsi dengan korang hasil rekaan widget koz yang berikutnya ...Kali ini koz telah mereka widget ketupat contoh design seperti di atas...Sebelum ini koz dah design dua widget seperti di bawah:-







Jadi hari ini koz telah hasilkan widget ketupat pula... kalau berminat nak letak widget ini di blog korang,ikuti langkah-langkah di bawah:-



Langkah 1



Layout>Page Elements>Add a Gadget>HTML/Javascript



Langkah 2



Copy dan paste code di bawah


Save dan lihat hasilnya...

Kalau nak lagi mudah korang hanya klik button di bawah dan secara auto widget ini akan berada di blog korang











Tuesday 23 August 2011

KAMI BLOGGER PRIHATIN

Assalamualaikum










 Penderitaan rakyat Somalia amat menyayatkan hati.Mereka memerlukkan bantuan dari kita semua untuk meneruskan kehidupan sehariaan mereka.Bayangkan di bulan Ranadhan ini,kita selalu membuang makanan yang dibazirkan kita,Tapi mereka disana,makanan buangan itu lah juadah mereka.Ayuh,sebagai seorang blogger yang prihatin,ayuh mainkan peranan kita dalam membantu mereka.

KAMI BLOGGER PRIHATIN & KAMI SOKONG IRM!!!

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI

Assalamualaikum..Jom join segmen "Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI"




Segmen ni start pada hari ni,23 0gos 2011
dan berakhir tepat jam 12.00 tengah malam ni
so,apa lagi,rajin-rajin join bloglist saya  :)

Sunday 21 August 2011

today my birthday



Assalamualaikum.....
 yep!!yep!!! Today is my birthady.Tak syok lah.hehe.Dah tua dah.Umur dah berganjak dari angka 18 ke 19.huhuh...x apa lah.Asalkan hidup ku bahagia.Birthday  tahun ni rasanya x ada benda special lah...Tak ada makna nye birthday aku.Dari kecil sampai lah besar lanjut ni,aku memang tak pernah sambut birthday...Maybe tradisi sambut birthday ni takada dalam sejarah keluarga aku kut.Tak kisah lah...Asalkan aku bahagia sudah dan diberikan kesihatan yang baik sudah...tapi aku idamkan satu benda lah!Aku nak teddy bear domo kun...cute lah benda tu.Adik aku x suka benda tu.Dia cakap hodoh.X kisah lah.Macam aku katakan,asalkan aku bahagia sudah.heheheh...okay lah..setakat ni sahaja lah.Masih ada cter nak cter,tp lain enrty lah...


to myself,HAPPY BIRTHDAY..hehehe
p/s:syok sendiri wish birtday diri sendiri

Wednesday 17 August 2011

7 tahun berlalu...Along ridu sangat dekat ayah

Assalamualaikum..

Hari ni dah 17 hari semua umat islam menyambut Ramadhan.Terasa begitu cepat masa berlalu.Usia kita pun makin meningkat.Kali ni birthday aku jatuh pada bulan bulan puasa.21 0gos ni genap lah usia aku 19 Tahun.terasa macam budak lagi.Bila cakap tentang usia,aku kembali teringat dekat arwah ayah.Tambah-tambah pulak dah nak dekat ngan syawal.Siapa sangka usia dia 41 tahun dia dah dipanggil untuk mengadap Ilahi.Terasa baru semalam aku aku bergelak ketawa ngan arwah ayah,bermesra ngan ayah.Kalu lah ayah masih ada ni mesti meriah kan?keliling rumah mesti penuh ngan pelita,tanglung dan lampu lip lap.Arwah ayah marah aku dan adik main bunga api mula-mula nya.Dia takut something aku berlaku kat kiteorang adik beradik.Maklumlah juz kami berdua je anak dia.Siapa sangka di penghujung usia dia ,arwah ayah benarkan kiteorang main bunga api.Siap bagi duit dan bawak pergi pasar untuk pergi beli bunga api.Rasa macam tak percaya pun ada.Kalau time2 macam ni,semua kelengkapan raya dah siap terbeli.Aku rindu sangat suasana macam tu.Aku ingat lagi time last aku sambut puasa bersama dia,tiap-tiap hari dia mintak mak aku beli kan nasi ayam.Kalau tak pun Rojak Mamat.Tu lah hidangan last puasa arwah.Time tu ayah arwah tak boleh berjalan lagi kerana accident.Tak sangka lah tu puasa last bersama dia.

Aku rindu sangat-sangat kat dia.kalu boleh aku nak peluk dia.Biarlah sekejap pun cukup lah.Nak mintak maaf atas dosa yang aku buat.Siapa sangka ayah pergi selepas Along balik sekolah.Macam ayah tahu je ayah nak pergi.Tunggu Along balik sekolah.Terngiang-ngiang lagi suara ayah menjerit kesakitan di petang hari.Tak sangaka ayah dah nak pergi.teringat lagi tiap-tiap petang ayah tunggu Along balik sekolah bawah pokok inai.Lepas ayah pergi,Along menangis bila tengok pokok tu.Dah tak ada lagi orang tunggu Along balik sekolah.Rumah kat Hiliran tu pun dah terasa kosong.Last2 mak dan aku pindah duduk dengan tok ki.Tapi ketiadaan masih terasa.Tambah-tambah pulak masa tu nak dekat puasa dah.Aku tak leh bayang bertapa sedihnya aku masa tu.Pindah pun dalam keadaan tergesa-gesa.Perpindahan aku pulak macam tak diterima.1st puasa pada tahun tu terlalu sunyi.Aku lari dari meja makan,kerana terkenangkan arwah ayah.Aku amat rapat ngan ayah dari kecil sampai besar.Nak apa,semua ayah belikan.Hidup bersama ayah selama 12 tahun ngan arwah memang memberi banyak makna  bagi aku.Dia lah tulang belakang aku selama ni.Ketiadaan dia mengakibatkan aku lumpuh untuk meneruskan kehidupan ini.Di saat ni ait mata aku mengalir kerana kerinduaan kepada nya.Aku dah tak ada sesiapa di dunia ni selain mak dan adik.Ini lah harta aku di dunia ni.

Tak dapat aku bayangkan bagaimana aku menyambut syawal tahun ni.Dengan ketiadaan sanak saudara yang balik Ke Terengganu,membuatkan hati kecil aku ini menangis merindui memori lalu bersama arwah ayah.Sebelum ni,kehadiran mereka mengubat kesedihan hati ini.Tapi,bagaimana tahun ni???Fikiran kembali mengenangkan peristiwa lama berlaku.Arwah ayah suka sangat lagu raya Dj Dave.Bila aku dengar lagu tu,aku menangis.Dah tiada gelak ketawa pada malam raya,dah tak ada gelak tawa,tak ada pelita dan macam lagi yang hilang.Tak dapt nak digantikan wlaupun diganti dengan apa sahaja benda lain.Aku amat merindui ayah.......................Along syangkan ayah........... Al-Fatihah


kenangan gambar raya masa aku berusia 1 tahun




wordless wednesday #1

Assalamualaikum.Ini 1st picture for wordless wednesday saya


Tuesday 9 August 2011

Wanita ibarat buah epal


"Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain. Jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya."

Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,
kenapalah diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu...


Kata2 ni lah yg aku pegang dari dulu lg.Sesungguhnya maruah seorang wanita amatlah mulia n tiada nilainya.


Tuesday 2 August 2011

ape tu gastrik dan amalan2 yang patut pesakit gastrik amalkn sepanjang Ramadhani.

Hari 2nd Ramadhan.Alhamdullilah aku masih diberikan kesempatan bernafas bagi menikmati ciptaan Allah swt ni.Permulaan puasa pada tahun ni alhamdullilah lah.Gastrik aku x datang.Jika nak banding dengan tahun pertama aku kene gastrik dulu mmg seksa lah.Post kali ni aku nk share tentang ape tu gastrik dan amalan2 yang patut pesakit gastrik amalkn sepanjang Ramadhan yang mulia ni.So aku harap post kali dpt bantu koorg yg mana ptt.

Gastrik dibahagikan kepada 2 jenis


-Gastritis(keradangan  lapisan mukosa yang melapik dinding perut)
-Ulser perut(lebih teruk berbanding  gastritis)



     Secara semula jadi,sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik(dengan pH 1hingga pH 2) yng berfungsi sebagai pencerna makanan.Sel perut perut pula menghasilkan lapisan Mukosa(lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada  kesan  rembesan asid hidroklorik.Jika lapisan ini menjadi lemah,ulser boleh terjadi  kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
 
    Sesetengah orang mengadu sakit perut ketika lapar,ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan,ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda-tanda gastrik mudah di kesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian perut.Antara tanda-tandanya

  • Sakit perut(pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak,berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa 
  • Kembung,sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual(loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun(pada peringkat teruk)
  Jika sampai pada peringkat teruk,ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu

  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa yang berisiko ?

Gastrik ni adalah masalah yang lazim dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.Ia biasanya berlaku disebabkan gaya hidup seseorg teersebut dan faktor2 berikut:

  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama seperti ubat anti keradangan bukan streiod(NSAID).Termasuklah aspirin (yg diambil untk mencairkan darah bagi pesakit jantung)
  • .
tempoh pengambilan yang boleh menyebabakn seseorg itu mendapat gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif,pengambilan selama beberapa minggu pun boleh menyebabkan masalah ini.

  • Merokok dan banyak minum minuman keras.Asap rokok dan alkohol boleh mendatangkan kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H.pilori).Bakteria ini berupaya  melemahkan lapisan mukosa  melalui 2 cara:
            a-Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yg memecah atau menguraikan urea kepada              ammonia.Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa.kehadiran ammonia yang banyak boleh melemahkan lapisan mukosa yang menyebabkan asid  hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
           b-Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar).Jadi ia  boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini.

  • Tekanan.Individu yang banyak memgalami tekanan samaada tekana kerja ,peribadi,pelajaran atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik.Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana  ia juga merupakan tekanan kepada badan.
  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional,terutama yang mengandungi akar kayu.Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional  dicampur steroid supaya ia berkesan dan mujarab.  
Amalan-amalan yang perlukan diamalkan

  • Makan sedikit demi sedikit secara berperingkat2 apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak terkejut.
  • Berbuka dengan kurma ,sedikit kuih muih atau buah-buahan  sebagai permulaan.
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
  • Sentiasa bersahur 
  • Segerakan berbuka dan mulakan berbuka dengan makanan ringan seperti kurma,air kosong,buah buahan atau sup rendah lemak.Elakkan mengambil kuih yang manis dan air yang manis
  • Ambil lauk atau juadah rendah lemak,kurang lemak,kurang pedas atau berempah
  • Elak minum minuman berkafein ketika berbuka
  • Makan secara sedrhana.secukupnya dengan melebihkan buah-buahan.Sebaik-baiknya behenti makan sebelum kenyang