Saturday, 31 March 2012

Setitis mampu memberikan peluang kedua


Assalamualaikum
Rindu nak update blog sebenarnya dan banyak cerita yang hendak di kongsikan.Tapi selalu ada kekangan masa.Insyaallah pada entry kali ni saya ingin berkongsi sesuatu yang mengerunkan pada sesetengah orang dan juga sesuatu yang amat mulia di sisi agama serta dapat menyambung talian hayat seseorang yang memerlukan.


Derma darah.Adakah anda takut?

Setiap kali kempen darah diadakan ,ada sahaja orang akan mengelak untuk menderma darah.Kata mereka “takut dengan jarum yang besarlah”,berat badan akan meningkat lah,gerun tengok darah dalam beg darah lah.Macam-macam sebab mereka.Bukan nak paksa derma darah.Tapi adakah kita tahu menderma darah adalah sesuatu yang mulia dari sudut agama kita sendiri.Menurut islam,menderma darah adalah harus jika keadaan darurat.Darurat macam mana ye?cuba kita fikir kembali jika seseorang itu mengalami kemalangan yang mengakibatkan dia kehilangan darah yang banyak,darah yang kita derma itu lah yang akan menjadi taliaan penyambung hayat dia.Dengan darah itu lah kita dapat memberikan dia peluang kedua.Contoh kedua,ketika seorang ibu yang bersalin.Dan ketika itu dia memerlukkan darah untuk mengantikan darah yang hilang semasa dia bertarung nyawa bagi melahirkan bakal seorang khalifah di muka bumi Allah ini.Masyaallah.Bertapa sedihnya,jika ibu itu menghembuskan nafas nya,kerana kekuranggan darah.Kadang-kadang saya melintasi wad kanak-kanak atau wad apa saja,sedih melihat saudara-saudara kita yang mengidap Penyakit Thalasemia yang memerlukkan bekalan darah tambahan seumur hidup mereka.Lebih menyentuh hati,ketika melihat kanak-kanak yang masih belum kenal erti kehidupan dunia ini yang memerlukan darah.

Derma darah dan penggunaan darah orang orang islam kepada
 orang bukan islam dan sebaliknya.

Menurut Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 telah membincangkan derma darah dan penggunaan darah orang orang islam kepada orang bukan islam dan sebaliknya.Muzakarah telah memutuskan
1-Menderma darah adalah hukumnya harus
2-Tidak perlu diasingkan darah orang islam dan bukan islam
3-Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak di galakan


 

Keterangan/Hujah: 

1-Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambil kira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”.
 

2-Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.
 

3-Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

“Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”.
 

4-Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”.

Menderma Darah Semulia-Mulia Sedekah

Dr. Yusuf Qaradhawi:

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.”( Al-Maidah: 32 )
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.”( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir: 2 – 287 ). Dalam hadis sahih tersebut: “Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.”( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667 ).
Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.
Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya: “Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang: “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Ya! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447 )
Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.
Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?

Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.
Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya: “Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

Bagi sesiapa yang teringin nak menderma darah.Teruskan niat murni anda.Kerana setitik darah anda tersebut amat bermakna bagi yang memerlukkan.Kadang-kadang mentaliti masyarakat kita yang membuat kita berasa takut untuk menderma.Jika saya di beri peluang dan di izin Maha Kuasa,saya sendiri nak menderma darah.Tapi alangkah sedih nya,sudah tiga tahun berturut,saya masih tak dapat menyumbangkan darah saya kepada yang memerlukkan disebabkan masalah kesihatan yang tidak megizinkan.Saya berharap,mungkin di saat-saat akhir nanti semasa kempen darah,Allah akan mengizinkan saya untuk menderma.Dengan hal ini sahaja saya mampu untk menyumbang

No comments:

Post a Comment

terima kasih!!!jenguklah lagi