Pages

Tuesday 2 August 2011

ape tu gastrik dan amalan2 yang patut pesakit gastrik amalkn sepanjang Ramadhani.

Hari 2nd Ramadhan.Alhamdullilah aku masih diberikan kesempatan bernafas bagi menikmati ciptaan Allah swt ni.Permulaan puasa pada tahun ni alhamdullilah lah.Gastrik aku x datang.Jika nak banding dengan tahun pertama aku kene gastrik dulu mmg seksa lah.Post kali ni aku nk share tentang ape tu gastrik dan amalan2 yang patut pesakit gastrik amalkn sepanjang Ramadhan yang mulia ni.So aku harap post kali dpt bantu koorg yg mana ptt.

Gastrik dibahagikan kepada 2 jenis


-Gastritis(keradangan  lapisan mukosa yang melapik dinding perut)
-Ulser perut(lebih teruk berbanding  gastritis)



     Secara semula jadi,sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik(dengan pH 1hingga pH 2) yng berfungsi sebagai pencerna makanan.Sel perut perut pula menghasilkan lapisan Mukosa(lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada  kesan  rembesan asid hidroklorik.Jika lapisan ini menjadi lemah,ulser boleh terjadi  kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
 
    Sesetengah orang mengadu sakit perut ketika lapar,ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan,ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda-tanda gastrik mudah di kesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian perut.Antara tanda-tandanya

  • Sakit perut(pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak,berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa 
  • Kembung,sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual(loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun(pada peringkat teruk)
  Jika sampai pada peringkat teruk,ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu

  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa yang berisiko ?

Gastrik ni adalah masalah yang lazim dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.Ia biasanya berlaku disebabkan gaya hidup seseorg teersebut dan faktor2 berikut:

  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama seperti ubat anti keradangan bukan streiod(NSAID).Termasuklah aspirin (yg diambil untk mencairkan darah bagi pesakit jantung)
  • .
tempoh pengambilan yang boleh menyebabakn seseorg itu mendapat gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif,pengambilan selama beberapa minggu pun boleh menyebabkan masalah ini.

  • Merokok dan banyak minum minuman keras.Asap rokok dan alkohol boleh mendatangkan kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H.pilori).Bakteria ini berupaya  melemahkan lapisan mukosa  melalui 2 cara:
            a-Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yg memecah atau menguraikan urea kepada              ammonia.Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa.kehadiran ammonia yang banyak boleh melemahkan lapisan mukosa yang menyebabkan asid  hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
           b-Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar).Jadi ia  boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini.

  • Tekanan.Individu yang banyak memgalami tekanan samaada tekana kerja ,peribadi,pelajaran atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik.Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana  ia juga merupakan tekanan kepada badan.
  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional,terutama yang mengandungi akar kayu.Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional  dicampur steroid supaya ia berkesan dan mujarab.  
Amalan-amalan yang perlukan diamalkan

  • Makan sedikit demi sedikit secara berperingkat2 apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak terkejut.
  • Berbuka dengan kurma ,sedikit kuih muih atau buah-buahan  sebagai permulaan.
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
  • Sentiasa bersahur 
  • Segerakan berbuka dan mulakan berbuka dengan makanan ringan seperti kurma,air kosong,buah buahan atau sup rendah lemak.Elakkan mengambil kuih yang manis dan air yang manis
  • Ambil lauk atau juadah rendah lemak,kurang lemak,kurang pedas atau berempah
  • Elak minum minuman berkafein ketika berbuka
  • Makan secara sedrhana.secukupnya dengan melebihkan buah-buahan.Sebaik-baiknya behenti makan sebelum kenyang     
                                            
                                                                  

No comments:

Post a Comment

terima kasih!!!jenguklah lagi