Pages

Wednesday 17 August 2011

7 tahun berlalu...Along ridu sangat dekat ayah

Assalamualaikum..

Hari ni dah 17 hari semua umat islam menyambut Ramadhan.Terasa begitu cepat masa berlalu.Usia kita pun makin meningkat.Kali ni birthday aku jatuh pada bulan bulan puasa.21 0gos ni genap lah usia aku 19 Tahun.terasa macam budak lagi.Bila cakap tentang usia,aku kembali teringat dekat arwah ayah.Tambah-tambah pulak dah nak dekat ngan syawal.Siapa sangka usia dia 41 tahun dia dah dipanggil untuk mengadap Ilahi.Terasa baru semalam aku aku bergelak ketawa ngan arwah ayah,bermesra ngan ayah.Kalu lah ayah masih ada ni mesti meriah kan?keliling rumah mesti penuh ngan pelita,tanglung dan lampu lip lap.Arwah ayah marah aku dan adik main bunga api mula-mula nya.Dia takut something aku berlaku kat kiteorang adik beradik.Maklumlah juz kami berdua je anak dia.Siapa sangka di penghujung usia dia ,arwah ayah benarkan kiteorang main bunga api.Siap bagi duit dan bawak pergi pasar untuk pergi beli bunga api.Rasa macam tak percaya pun ada.Kalau time2 macam ni,semua kelengkapan raya dah siap terbeli.Aku rindu sangat suasana macam tu.Aku ingat lagi time last aku sambut puasa bersama dia,tiap-tiap hari dia mintak mak aku beli kan nasi ayam.Kalau tak pun Rojak Mamat.Tu lah hidangan last puasa arwah.Time tu ayah arwah tak boleh berjalan lagi kerana accident.Tak sangka lah tu puasa last bersama dia.

Aku rindu sangat-sangat kat dia.kalu boleh aku nak peluk dia.Biarlah sekejap pun cukup lah.Nak mintak maaf atas dosa yang aku buat.Siapa sangka ayah pergi selepas Along balik sekolah.Macam ayah tahu je ayah nak pergi.Tunggu Along balik sekolah.Terngiang-ngiang lagi suara ayah menjerit kesakitan di petang hari.Tak sangaka ayah dah nak pergi.teringat lagi tiap-tiap petang ayah tunggu Along balik sekolah bawah pokok inai.Lepas ayah pergi,Along menangis bila tengok pokok tu.Dah tak ada lagi orang tunggu Along balik sekolah.Rumah kat Hiliran tu pun dah terasa kosong.Last2 mak dan aku pindah duduk dengan tok ki.Tapi ketiadaan masih terasa.Tambah-tambah pulak masa tu nak dekat puasa dah.Aku tak leh bayang bertapa sedihnya aku masa tu.Pindah pun dalam keadaan tergesa-gesa.Perpindahan aku pulak macam tak diterima.1st puasa pada tahun tu terlalu sunyi.Aku lari dari meja makan,kerana terkenangkan arwah ayah.Aku amat rapat ngan ayah dari kecil sampai besar.Nak apa,semua ayah belikan.Hidup bersama ayah selama 12 tahun ngan arwah memang memberi banyak makna  bagi aku.Dia lah tulang belakang aku selama ni.Ketiadaan dia mengakibatkan aku lumpuh untuk meneruskan kehidupan ini.Di saat ni ait mata aku mengalir kerana kerinduaan kepada nya.Aku dah tak ada sesiapa di dunia ni selain mak dan adik.Ini lah harta aku di dunia ni.

Tak dapat aku bayangkan bagaimana aku menyambut syawal tahun ni.Dengan ketiadaan sanak saudara yang balik Ke Terengganu,membuatkan hati kecil aku ini menangis merindui memori lalu bersama arwah ayah.Sebelum ni,kehadiran mereka mengubat kesedihan hati ini.Tapi,bagaimana tahun ni???Fikiran kembali mengenangkan peristiwa lama berlaku.Arwah ayah suka sangat lagu raya Dj Dave.Bila aku dengar lagu tu,aku menangis.Dah tiada gelak ketawa pada malam raya,dah tak ada gelak tawa,tak ada pelita dan macam lagi yang hilang.Tak dapt nak digantikan wlaupun diganti dengan apa sahaja benda lain.Aku amat merindui ayah.......................Along syangkan ayah........... Al-Fatihah


kenangan gambar raya masa aku berusia 1 tahun




No comments:

Post a Comment

terima kasih!!!jenguklah lagi