Pages

Friday, 11 November 2011

INSYAALLAH..satu hari nanti



 Assalamualaikum..


Salam Baitullah telah melabuhkan tirai bagi tahun 1432 Hijrah bersamaan 2011 Masihi.Itulah antara rancangan yang terbaik yang pernah aku tonton dekat RTM.Tiap-tiap malam tak miss pun program tu.Terdetik di sanubari hati kecil ni  mahu menjejakkan kaki ke Tanah Haram tu bersama seluruh keluarga.Yang paling tersentuh sekali adalah mak.Mak sampai menitiskan air mata kehibaan menyaksikan golongan seusianya telah berjaya menjejakkan kaki Ke Masjidil Haram bagi menunaikan fardu haji yang dituntut oleh agama jika berkemampuan.Pintu hati nya turut terbuka untuk membuka akaun Tabung Haji  dan sekaligus mendaftarkan diri nya untuk ke Mekah.Aku amat berharap sangat mak dapat jejakkan kaki nya ke Mekah sebelum beliau meninggalkn duni yang fana ini..Ini adalah impian yang paling dihajati mak.Aku pun berharap suatu hari nanti,aku dapat menemai mak pergi mengerjakan haji bersama aku.Tak lupa jugak,kalau boleh aku nak bawak adik aku sekali.Itu lah impiaan aku selama ni selepas arwah ayah tak sempat pergi menunaikan haji.Insyaallah kalau dah kerja,aku berazam untuk penuhkan akaun tabung haji mak...Insyaallah




                     
 



                       


"Ya Allah aku merindui untuk menjejakkan kaki ku ni ke rumah mu.Moga ku diberikan rezeki untuk mengadap mu..Insyaallah"







Coretan Kedua..Di sebalik Qolsharif



sumber:google

Berkonsepkan seni bina yang agak kontemporari yang dipengaruhi dengan ciri-ciri budaya tempatan dicorakkan kepada masjid ini.Selain itu,senibina tradisional dari Bulgaria yang digabung dengan elemen dari zaman Renaissance serta dari zaman Uthmaniah turut diterapkan dalam pembinaan kembali masjid ini.Konsep pembinaan masjid ini turut menempatkan sebuah kompleks yang besar yang terdiri dari sebuah bangunan masjid ditengah-tengahnya,terdapat pavilion yang lengkap dengan kolam air panas pancuran dibahagian kiri dan kanan masjid.Selain masjid,kompleks itu juga tutut dilengkapi sebuah bangunan sebagai muzium,perpustakaan,pusat penerbitan dan pejabat pentadbiran masjid.

                  Sumber:google

Masjid yang dibina di bahagiaan barat dalam kawasan tembok Kremlin ini di bina tinggi dan sebuah kubah besar berwarna biru yang setiap penjuru kubah tersebut terdapat empat menara yang tinggi.Setiap satunya setinggi kira-kira 63 meter dan empat menara kecil yang setinggi 43 meter.Terdiri dari dua tingkat,masjid ini begitu unik kerana berbentuk oktagon (bentuk poligon dengan lapan sisi dan lapan sudut) dengan satu-satunya kubah besar berwarna biru yang dihiasi dengan sisi-sisi tingkap berbentuk kelopak Bunga Tulip dengan kaca-kaca berwarna.

Kini setelah 460 tahun selepas dimusnahkan oleh Tsar Ivan,Masjid Kul Sharif telah berdiri dengan penuh gah disamping menjadi lambang kebanggaan dan kemegahan warga Bangsa Tartar dan turut menjadi tarikan pelancong asing yang menjejakkan kaki ke bumi Rusia selain dari Dataran Merah dan Gereja Ortodoks...


                  Sumber:google
tamat...

Coretan pertama..Di sebalik Qolsharif

Assalamualaikum



Masjid Qol Sharif atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru yang lebih dikenali oleh masyarakat dunia merupakan sebuah masjid yang mempunyai coretan yang tersendiri.Masjid ini menjadi masjid kebanggaan Bangsa Tartar kerana ia merupakan bukti kebangkikan Bangsa Tartar yangmemperjuangan kesuciaan agama Islam di bumi mereka di samping mempertahankan mempertahankan tempat ibadah umat Islam.

Sejarah bermula dengan dengan seorang pemerintah yang bersifat gila dan kejam.Pemerintah atau Tsat,iaitu Tsar Rusia yang pertama,Ivan IV Vaasilyyerich(25 Ogos 1530-18 Mac 1584) yang dikenali sebagai Ivan The Terible yang begitu kejam telah menyebabkan binaan masjid asal masjid tersebut terbakar dalam kejadiaan yang begitu tragis.Masjid tersebuat dahulunya terletak di ibu kota lama atau tertua Rusia,Kazan yang juga merupakan ibu negara bagi Tatarstan.Masjid ini merupakan lambang kekuatan umat Islam di Kazan di bakar oleh Ivan yang turut dikenal  sebagai “The Evil Emperor “(Ivan IV diberikan jolokan seorang yang kejam kerana pemerintahannya yang kejam)

Selepas bergelar sebagai Tsar,Ivan terus melancarkan penaklukannya terutamanya menghapuskan masyarakat beragama Islam.Ketika itu,Tatarstan diperintah oleh seorang ratu yang dikenali sebagai Ratu Suyumbika.Kekejaman Ivan ditentang sekeras-kerasnya oleh Iman Seid Kul Sharif dan anak-anak didiknya.Mereka cuba mempertahankan masjid itu musnah di tangan  Ivan yang kejam.Walaubagaimanapun,mereka tewas dalam mempertahankan masjid itu yang juga merupakan pusat pengajiaan ,pusat sains yang selain itu terdapat sebauah perpustakaan daripada musnah.Iman Kul Sharif turut gugur dan syahid dalam usahanya mempertahankan masjid tersebut.

                      sumber:google

Namun ada pendapat mengatakan terdapat beberapa bahagian tinggalan masjid lama itu masih boleh didapati iaitu Gereja Ortodoks atau Katedal Saint Basil yang menjadi tarikan orang ramai yang terletak berhampiran Masjid Kul Sharif.Selepas peristiwa hitam itu berlaku,masjid itu kembali dibangunkan pada tahun 1996 sehingga siap setelah sembilan tahun masa diambil untuk dibangunkan kembali.Masjid itu kembali dibuka pada tahun 2005 dengan kos pembinaan yang menelan belanja sehingga 400 juata Rubel (AS$ 14 Juta).Pihak dari luar dalam dalam turut memainkan peranan penting dari sudut pembiayaan dalam pembinaan kembali masjid itu terutamanya dari Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu(UAE).

             
                   Permandangan Waktu Malam     sumber:google

Masjid biru dan putih yang sangat indah serta menakjubkan itu dinamakan “Masjid Kul Sharif” bersemperna memperingati perjuangan suci Iman Kul Sharif yang mempertahankan masjid itu dahulu dan secara lansung mempertahankan agama Islam yang suci.Masjid ini kemudiaanya di buka secara rasmi dan Solat Jumaat yang pertama kali di adakan semperna sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-100 Kota Kazan.Majlis perasmiaan ia turut dihadiri oleh tetamu kehormat dan diplomatik dari negara Islam termasuk wakil Presiden Rusia ketika itu,Vladimir Putin.

Masjid ini diisytiharkan sebagai masjid kedua terbesar di Eropah (selain Turki) iaitu selepas Masjid Kubah Besar Gronzy (Gronzy Centre Dome Mosque) memandangkan ia mempunyai keluasan 19 00 meter persegi.Dewan solatnya dapat menampung 1500 jemaah dalam satu-satu masa dan 9000 lagi orang jemaah di ruang terbuka dan halaman masjid....bersambung

Wednesday, 9 November 2011

Now friendship between us is over







Assalamualaikum...


Sorry kalau entry aku kali ni membosankan..Namun aku ingin juga coretkan rasa hati kecil aku ni..Now friendship between us is over!!!.Itu yang aku ingin luahkan..selama ni aku cuma pendamkan perasaan hati duka aku ini.Maybe selama ni aku buta.Aku menganggap dia seorang kawan,tapi dia sebalik nya.Tanggal 8.11.2011 semua nya telah berakhir.Kes nya kecil jer.Aku dah terangankan kat dia knapa aku tak contact dia.Tapi dia lansung tak faham masalah aku kenapa aku tak contact.Aku sebenarnya memendam rasa apa yang dia buat kat aku.Yang tu salah satunya.Tu lah jenis aku.Kalau aku dah terasa ngan seseorang tu,aku tak akan contact orang tu..Selama ni aku jer yang ingat kat kawan-kawan aku.Message diaorang.Tapi adakah dia buat cam tu kat aku.Aku sakit ke,aku sihat ker.Masa aku terlantar kat hospital,tak ada sorang pun yang jenguk aku.Tapi aku tak kisah pun.Namun tahap sabar mempunyai had jugak.Sampai hati dia malukan aku kat fb.Siap mention lagi nama aku.Katanya untuk sedarkan aku..Tapi adakah dia sedar apa yang dia buat kat aku.Dia tak lagi hormat aku dan keluarga aku. Kadang kala aku fikir baik aku jadi selfish untuk diri sendiri.Tak perlu lagi peduli pasal orang lain.Kerana orang pun tak peduli pun perasaan aku.Time aku keluar dengan dia,aku selalu dipinggirkan.Aku fikir cukup lah.Apa yang dia buat dekat aku 3 tahun lepas pun masih terasa,terngiang-ngiang lagi kata-kata berbisa dia dekat aku.Dia malukan aku dihadapan orang ramai.Namun ketika tu masih ada ruang untuk aku terima dia.Walaupun hati ini terasa serik untuk menerima nya lagi..Cukuplah setakat ini.Aku tak perlukan seorang kawan macam itu lagi..aku tahu kata-kata aku ini kejam.Namun hati ini tidak tertanggung untuk menerima rasa pedih dari perbuatan dia.Cukuplah setakat ini.Now friendship is over.

                      

Sunday, 6 November 2011

PERMOHONANAN ANDA TIDAK BERJAYA...aku frust ker?? or aku ni memang tak ada perasaan



Assalamualaikum......

Permohonan aku nak continue study tidak diterima...!!!

huh..sedih ker aku..or memang aku lansung tak ada perasaan pasal permohonan aku tu.Rasa bosan giler duduk dekat rumah tak buat apa-apa.Macam orang tak berguna lansung.Kalau tak continue study,nak kerja per err???Zaman makin maju.Semua orang makin pandai.Sekarang orang ada degree pun tak dapat kerja.Apatah lagi dengan kelulusan aku yang tak seberapa ni..huh.Pening pikir masa depan ni.Ni musim aku dan kawan-kawan aku frust dengan results.Ada yang boleh continue dan ada yang tak boleh.Bagi yang boleh.Alhamdullilah lah.Bagi yang tak boleh,melopong lah jawabnya.Masing-masing dah taubat.Kalau nak sambung study,tak nak ambik aliran sains dan seangkatannya.Macam aku,aku dah fedab nak ambik subjek sains dan sekarang tengah pening nak sambung balik dekat mana pulak lah lepas ni...Hanya ada dua pilhan jer lagi.Kalau tak bolehjugak,jawabnya ke swasta lah jugak aku pergi nanti.

Saturday, 5 November 2011

Salam Aidil Adha



Assalamualaikum...salam 1 Malaysia...hihi

Tiap kali Raya Qurban mesti orang tanya,berapa ekor kau korban kan lembu,kerbau dan kambing....Tu lah sinonim ngan masyarakat kita.Tapi adakah kita faham apa disebalik qurban tu????masing-masing tanya lah pada diri sendiri..Bagi aku qurban,bermakna pengorbanan yang aku lakukan untuk agama,negara,bangsa dan keluarga ku..Tak lupa untuk jiran sekali.Kali ni aku korban kan perasaan rindu aku untuk balik rumah atok aku.Sedih lah coz tak boleh kumpul semua family.Tambah pulak,kebanyakkan mak cik dan pak cik aku merantau jauh belaka.So nak kumpul,memang susah lah.Tak apa lah itu di namakan pengorbanan.....

"Salam Aidiladha dari saya untuk semua.Jangan makan daging banyak sangat.Darah tinggi nanti!!!.Buat teman-teman,kalau nak balik kampung,hati-hati di jalan raya.Ingat orang tersayang."