Pages

Friday 11 November 2011

INSYAALLAH..satu hari nanti



 Assalamualaikum..


Salam Baitullah telah melabuhkan tirai bagi tahun 1432 Hijrah bersamaan 2011 Masihi.Itulah antara rancangan yang terbaik yang pernah aku tonton dekat RTM.Tiap-tiap malam tak miss pun program tu.Terdetik di sanubari hati kecil ni  mahu menjejakkan kaki ke Tanah Haram tu bersama seluruh keluarga.Yang paling tersentuh sekali adalah mak.Mak sampai menitiskan air mata kehibaan menyaksikan golongan seusianya telah berjaya menjejakkan kaki Ke Masjidil Haram bagi menunaikan fardu haji yang dituntut oleh agama jika berkemampuan.Pintu hati nya turut terbuka untuk membuka akaun Tabung Haji  dan sekaligus mendaftarkan diri nya untuk ke Mekah.Aku amat berharap sangat mak dapat jejakkan kaki nya ke Mekah sebelum beliau meninggalkn duni yang fana ini..Ini adalah impian yang paling dihajati mak.Aku pun berharap suatu hari nanti,aku dapat menemai mak pergi mengerjakan haji bersama aku.Tak lupa jugak,kalau boleh aku nak bawak adik aku sekali.Itu lah impiaan aku selama ni selepas arwah ayah tak sempat pergi menunaikan haji.Insyaallah kalau dah kerja,aku berazam untuk penuhkan akaun tabung haji mak...Insyaallah




                     
 



                       


"Ya Allah aku merindui untuk menjejakkan kaki ku ni ke rumah mu.Moga ku diberikan rezeki untuk mengadap mu..Insyaallah"







No comments:

Post a Comment

terima kasih!!!jenguklah lagi