Masjid Qol Sharif
atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru yang lebih dikenali oleh masyarakat
dunia merupakan sebuah masjid yang mempunyai coretan yang tersendiri.Masjid ini
menjadi masjid kebanggaan Bangsa Tartar kerana ia merupakan bukti kebangkikan Bangsa
Tartar yangmemperjuangan kesuciaan agama Islam di bumi mereka di samping
mempertahankan mempertahankan tempat ibadah umat Islam.
Sejarah bermula
dengan dengan seorang pemerintah yang bersifat gila dan kejam.Pemerintah atau
Tsat,iaitu Tsar Rusia yang pertama,Ivan IV Vaasilyyerich(25 Ogos 1530-18 Mac
1584) yang dikenali sebagai Ivan The Terible yang begitu kejam telah
menyebabkan binaan masjid asal masjid tersebut terbakar dalam kejadiaan yang
begitu tragis.Masjid tersebuat dahulunya terletak di ibu kota lama atau tertua
Rusia,Kazan yang juga merupakan ibu negara bagi Tatarstan.Masjid ini merupakan
lambang kekuatan umat Islam di Kazan di bakar oleh Ivan yang turut dikenal sebagai “The Evil Emperor “(Ivan IV diberikan
jolokan seorang yang kejam kerana pemerintahannya yang kejam)
Selepas bergelar
sebagai Tsar,Ivan terus melancarkan penaklukannya terutamanya menghapuskan
masyarakat beragama Islam.Ketika itu,Tatarstan diperintah oleh seorang ratu
yang dikenali sebagai Ratu Suyumbika.Kekejaman Ivan ditentang sekeras-kerasnya
oleh Iman Seid Kul Sharif dan anak-anak didiknya.Mereka cuba mempertahankan
masjid itu musnah di tangan Ivan yang
kejam.Walaubagaimanapun,mereka tewas dalam mempertahankan masjid itu yang juga
merupakan pusat pengajiaan ,pusat sains yang selain itu terdapat sebauah
perpustakaan daripada musnah.Iman Kul Sharif turut gugur dan syahid dalam
usahanya mempertahankan masjid tersebut.

Namun ada pendapat
mengatakan terdapat beberapa bahagian tinggalan masjid lama itu masih boleh
didapati iaitu Gereja Ortodoks atau Katedal Saint Basil yang menjadi tarikan
orang ramai yang terletak berhampiran Masjid Kul Sharif.Selepas peristiwa hitam
itu berlaku,masjid itu kembali dibangunkan pada tahun 1996 sehingga siap
setelah sembilan tahun masa diambil untuk dibangunkan kembali.Masjid itu
kembali dibuka pada tahun 2005 dengan kos pembinaan yang menelan belanja
sehingga 400 juata Rubel (AS$ 14 Juta).Pihak dari luar dalam dalam turut
memainkan peranan penting dari sudut pembiayaan dalam pembinaan kembali masjid
itu terutamanya dari Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu(UAE).
Masjid biru dan putih
yang sangat indah serta menakjubkan itu dinamakan “Masjid Kul Sharif”
bersemperna memperingati perjuangan suci Iman Kul Sharif yang mempertahankan
masjid itu dahulu dan secara lansung mempertahankan agama Islam yang
suci.Masjid ini kemudiaanya di buka secara rasmi dan Solat Jumaat yang pertama
kali di adakan semperna sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-100 Kota Kazan.Majlis
perasmiaan ia turut dihadiri oleh tetamu kehormat dan diplomatik dari negara
Islam termasuk wakil Presiden Rusia ketika itu,Vladimir Putin.
Masjid ini
diisytiharkan sebagai masjid kedua terbesar di Eropah (selain Turki) iaitu
selepas Masjid Kubah Besar Gronzy (Gronzy Centre Dome Mosque) memandangkan ia mempunyai
keluasan 19 00 meter persegi.Dewan solatnya dapat menampung 1500 jemaah dalam
satu-satu masa dan 9000 lagi orang jemaah di ruang terbuka dan halaman masjid....bersambung
No comments:
Post a Comment
terima kasih!!!jenguklah lagi