Pages

Friday 11 November 2011

Coretan Kedua..Di sebalik Qolsharif



sumber:google

Berkonsepkan seni bina yang agak kontemporari yang dipengaruhi dengan ciri-ciri budaya tempatan dicorakkan kepada masjid ini.Selain itu,senibina tradisional dari Bulgaria yang digabung dengan elemen dari zaman Renaissance serta dari zaman Uthmaniah turut diterapkan dalam pembinaan kembali masjid ini.Konsep pembinaan masjid ini turut menempatkan sebuah kompleks yang besar yang terdiri dari sebuah bangunan masjid ditengah-tengahnya,terdapat pavilion yang lengkap dengan kolam air panas pancuran dibahagian kiri dan kanan masjid.Selain masjid,kompleks itu juga tutut dilengkapi sebuah bangunan sebagai muzium,perpustakaan,pusat penerbitan dan pejabat pentadbiran masjid.

                  Sumber:google

Masjid yang dibina di bahagiaan barat dalam kawasan tembok Kremlin ini di bina tinggi dan sebuah kubah besar berwarna biru yang setiap penjuru kubah tersebut terdapat empat menara yang tinggi.Setiap satunya setinggi kira-kira 63 meter dan empat menara kecil yang setinggi 43 meter.Terdiri dari dua tingkat,masjid ini begitu unik kerana berbentuk oktagon (bentuk poligon dengan lapan sisi dan lapan sudut) dengan satu-satunya kubah besar berwarna biru yang dihiasi dengan sisi-sisi tingkap berbentuk kelopak Bunga Tulip dengan kaca-kaca berwarna.

Kini setelah 460 tahun selepas dimusnahkan oleh Tsar Ivan,Masjid Kul Sharif telah berdiri dengan penuh gah disamping menjadi lambang kebanggaan dan kemegahan warga Bangsa Tartar dan turut menjadi tarikan pelancong asing yang menjejakkan kaki ke bumi Rusia selain dari Dataran Merah dan Gereja Ortodoks...


                  Sumber:google
tamat...

No comments:

Post a Comment

terima kasih!!!jenguklah lagi