Pages

Wednesday 16 November 2011

coretan kehidupan

Assalamualaikum..

Dalam dua hari ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku ni.Ada kisah sedih dan suka..huh.Itu lah dinamakan sebuah kehidupan."Hidup ini sebagai sebuah akademi".Aku petik dari tajuk sebuah buku motivasi yang dihasilkan oleh saudara Mohd Syarafuddin Sulaiman.Rentetan nya bermula kemarin.Tapi tak sempat nak post kat blog.

15 November 2011

Akhirnya tarikh ni aku berjaya memegang lesen memandu kereta dan menunggang motorsikal setelah berbulan-bulan belajar dan berkali-kali mengulang test JPJ.Tapi rasanya tak happy mana pun.Sedih ada lah coz ayah kepada ayah angkat telah hilang selama 4 hari.Tak dapat di kesan.Gundah gulana rasanya.Walaupun sekadar ayah angkat,aku dapat rasa macam mana perasaan nya.Mesti lah bimbang tentang keselamatan ayah dia.Tak dapat nak bayang macam mana rasa tu.Aku pun sedih jugak,bila aku tengok "Tok Ki" aku mula teringat arwah atuk aku.Aku sayang tok ki tu.Cz aku dah tak ada tok ki lain dah.Atok dan nenek aku semua nya dah meninggal.Ayah angkat yang aku panggil ayah tu lah yang sibuk ke sana ke mari ,siang dan malam pergi cari tok ki.Kalu boleh nak ikut sekali pergi cari.Tapi tak terdaya nak mengikut nya.Akhirnya,ayah terpaksa mengiklankan kehilangan tok ki dalam surat khabar.Tu salah satu ikhtiarnya.


16 November 2011

Awal-awal pagi dah aku samapi kat rumah keluarga angkat aku.Kebetulan kakak angkat aku ada kat rumah.Kite orang sembang lah pasal tok ki.Tanya ada apa-apa perkembangan.Menurut mak angkat aku,ada lah seorang mak cik ni call bagi tahu yang tok ki ada dekat Dungun dalam 2 hari yang lepas.Masyaallah..Jauh nya tok ki jalan sampai Dungun.Dah dia dah berusia.Tu je info yang dapat tahu.Masing-masing moody.Runsing.Dalam pukul 10.30 pagi,dapat satu call yang inform tok ki ada di kawasan Marang dalam keadaan basah kuyup.Alhamdullilah.Syukur sangat-sangat.Dalam 2 hari ni,aku dapat belajar banyak benda.Erti kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa.Aku teringat ada seorang sahabat yang bertanya kan kepada Rasulullah SAW.Siapakah yang di utamakan dahulu dari ibu dan ayah.Maka Rasulullah SAW berkata "ibu ".Maka ditanya kembali sahabat tersebut,Rasulullah menjawab kembali "ibu".Ditanya kembali sahabat tersebut,masih "ibu" jawapan Rasulullah SAW.Akhirnya,ayah merupakan jawapan ke empat Rasulullah SAW selepas Ibu.Ini bermakna,ibu didahulukan.Walaubagaimana pun,ayah masih diutamakan.Aku dapat melihat sendiri macam mana ayah melayan tok ki dengan baiknya.Aku rasa dah susah aku nak jumpa anak macam tu di zaman sekarang walaupun ayah sendiri susah .Aku sendiri menumpang kasih dengan ayah setelah aku sendiri kehilangan ayah kandung Aku tak kisah kalau ayah nak marah aku sekalipun coz aku tahu aku dah tak ada ayah lain untuk memarahi aku.Segala teguran dia untk kebaikan aku jugak.Tapi sayangnya aku tak sempat untuk berbakti kepada nya.Kerana Allah telah mengambilnya untuk selama-lamanya.Hanya aku mampu buat berdoa untuknya dan berbakti kepada mak.


P/S;Berbaktilah kepada ibubapa anda sesungguhya mereka adalah insan paling berharga di dunia.Tiada mereka,tiada lah kita

No comments:

Post a Comment

terima kasih!!!jenguklah lagi